Sultan Ibrahim arah Kementah ambil serius kes buli berulang di UPNM Posted on 12/11/2024 Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah budaya buli menjejaskan kesejahteraan pelajar dan mencemarkan reputasi institusi pengajian tinggi.(Gambar Istana Negara) PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mengarahkan Kementerian Pertahanan mengambil perhatian serius kes buli berulang kali berlaku di Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional (UPNM). Baginda bertitah, budaya buli tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana bukan sahaja menjejaskan kesejahteraan pelajar, malah mencemarkan reputasi institusi pengajian tinggi. Menurut Sultan Ibrahim, latihan keras dalam pasukan tentera perkara biasa bagi membina kekuatan mental dan jiwa, namun tidak bermakna ke tahap membuli individu lain sehingga menyebabkan kecederaan fizikal atau meragut nyawa. “Kes buli di ALK UPNM bukan pertama kali dilaporkan berlaku, malah sebelum ini sudah terjadi beberapa kali sehingga meragut nyawa. Ini tindakan tidak berperikemanusiaan. “Saya mahu Kementerian Pertahanan mengambil serius perkara ini kerana kes buli sudah beberapa kali berlaku di ALK UPNM,” titah baginda selepas menerima menghadap Menteri Pertahanan, Khaled Nordin di Istana Negara. Jumaat lalu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Rusdi Mohd Isa mengesahkan menerima laporan penuntut tahun satu UPNM di Kem Sungai Besi mengalami keretakan tulang rusuk dan tulang belakang dipercayai dipijak penuntut senior. Kejadian itu berlaku pada 21 Okt lalu, sehari selepas seorang penuntut UPNM melecur di badan akibat ditekap seterika oleh senior. Minggu lalu, pegawai kadet senior ALK UPNM Amirul Iskandar Ahmad Norhanizan, 22, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan penuntut junior menggunakan seterika pada 22 Okt. Pada 2017, kisah tragis dan kejam menggemparkan negara apabila pegawai kadet laut UPNM, Zulfarhan Osman Zulkarnain meninggal dunia selepas dibuli, dipukul dan diseksa dengan hampir seluruh badannya berulang kali ditekap seterika wap selepas dituduh mencuri sebuah komputer riba. Susulan itu, enam bekas penuntut UPNM dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Rayuan pada 23 Julai lalu kerana didapati membunuh Zulfarhan tujuh tahun lalu. News
AI, pendigitalan, ekonomi hijau tawar pilihan kerjaya baharu Posted on 29/11/2024 Kajian Impak AI, Digital, dan Ekonomi Hijau terhadap Tenaga Kerja Malaysia beri tumpuan kepada 10 sektor utama yang menyumbang RM933 bilion atau 60% KDNK Malaysia pada 2023. PETALING JAYA: Dalam pada Malaysia melakukan peralihan kepada kecerdasan buatan (AI), pendigitalan dan ekonomi hijau untuk kekal berdaya saing dan mampan, ratusan ribu… Read More
Ukraine hits Russia with US ATACMS missiles for first time on war’s 1,000th day Posted on 20/11/2024 A Ukrainian military Telegram channel posted an image of US-supplied ATACMS missiles fired from an undisclosed location. (Lachen Pyshe Telegram/AP pic) KYIV: Ukraine used US ATACMS missiles to strike Russian territory on Tuesday, taking advantage of newly granted permission from the outgoing administration of president Joe Biden on the war’s… Read More
Stick to trusted 5G tech, says US envoy Posted on 05/12/2024 US ambassador to Malaysia Edgard D Kagan said Malaysia was attractive to high-tech industries thanks to its existing 5G network built on trusted suppliers. (Bernama pic) GEORGE TOWN: Malaysia should stick with trusted technology and vendors for its 5G infrastructure to maintain its reputation as a secure and reliable destination… Read More