Sumbat kucing dalam guni, persatuan penduduk nafi aniaya Posted on 12/01/2025 Ketua Polis Kajang Naazron Abdul Yusof, berkata polis turut menerima laporan ahli jawatankuasa persatuan penduduk pangsapuri yang nafi berlaku penganiayaan dan penderaan ke atas kucing. (Gambar Facebook) PETALING JAYA: Polis menerima dua laporan dakwaan penganiayaan beberapa kucing disumbat dalam guni dan dibuang di sebuah pangsapuri Batu 9 Cheras, Kajang, semalam. Ketua Polis Kajang Naazron Abdul Yusof, berkata dua laporan itu diterima semalam dan hari ini, masing-masing berkait video rakaman pendek perlakuan sekumpulan lelaki terhadap haiwan berkenaan. “Laporan mendakwa mengesan satu rakaman video yang tular mengenai sekumpulan lelaki menangkap beberapa kucing dan dimasukkan ke dalam guni sebelum dibawa menaiki kenderaan disyaki untuk dibuang ke lokasi tidak diketahui. “Polis juga menerima satu lagi laporan daripada ahli jawatankuasa persatuan penduduk pangsapuri berkenaan yang dirakam dalam video berkenaan. Mereka menafikan menganiaya dan mendera haiwan peliharaan terbabit,” katanya menurut Berita Harian. Naazron berkata, semakan lanjut bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) mengesahkan pihak terbabit turut menerima aduan sama, dengan pihak JPV mengambil tindakan mengikut Akta Kebajikan Haiwan 2015. Beliau menasihati masyarakat tidak melanggar peruntukan undang-undang termasuk penganiayaan terhadap haiwan. Terdahulu, tular video 38 saat memaparkan beberapa lelaki memasukkan kucing ke dalam guni dan diikat sebelum dikatakan dimasukkan dalam kereta. News
MACC chief: BAM fund misuse probe ongoing with six witnesses called, remand extended for Sarawak JKR officer in bribery case Posted on 09/12/2024 KUALA LUMPUR, Dec 9 — Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) Chief Commissioner Tan Sri Azam Baki said the investigation into the Badminton Association of Malaysia (BAM) is ongoing. He added that additional witnesses have been summoned to provide further details on the case. “The probe is currently focused on the issue… Read More
Everton boss Moyes confident he can replicate past success Posted on 14/01/2025 New Everton manager David Moyes spent 11 years at Goodison Park before moving to Manchester United in 2013. (AP pic) LONDON: Everton manager David Moyes said on Monday he was confident in his ability to lead the Merseyside club to better days again, almost 12 years after his first spell… Read More
Penang exco defends PIL 1 highway project Posted on 13/01/2025 State infrastructure committee chairman Zairil Khir Johari said Penang’s rapid urbanisation, particularly the southward expansion from George Town, has outpaced the capacity of existing road networks. (X pic) PETALING JAYA: Penang executive councillor Zairil Khir Johari has defended the proposed Pan Island Link 1 (PIL 1) highway after warnings by… Read More