Tak ada ahli ikut Mahathir Rais, kata pemimpin Bersatu Wilayah Persekutuan Posted on 11/01/2025 Seorang pemimpin Bersatu di Wilayah Persekutuan kecewa dengan tindakan Mahathir Rais keluar parti, sambil menyatakan pendirian beliau tidak mencerminkan bahagian itu secara keseluruhan. (Gambar Facebook) PETALING JAYA: Pemimpin bahagian Bersatu Wilayah Persekutuan yakin tiada ahli lain menuruti jejak Mahathir Rais, yang sebelum ini lantang menentang himpunan solidariti Najib Razak. Hari ini, Mahathir yang juga bekas ketua Bersatu Segambut, melepaskan jawatan setiausaha Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) Wilayah Persekutuan kuat kuasa serta-merta. Katanya kepada FMT, beliau memberi alasan bahawa ‘perjuangan sudah tidak selari’ menjadi sebab tindakannya itu. Penyandang Timbalan Ketua Bersatu Wilayah Persekutuan, Mohd Badrul Ezan, berkata pihaknya menghormati hak Mahathir meninggalkan parti, namun ia tidak sampai menjejaskan Bersatu secara keseluruhan. “Sebelum ini dalam kalangan kepimpinan Bersatu Wilayah (Persekutuan) tiada pergolakan antara kami, hubungan baik sahaja dan kami tahu beliau umum keluar parti hanya melalui kenyataan media sahaja. “Tindakan beliau keluar parti tidak menjejaskan Bersatu Wilayah dan kita akan terus bergerak ke depan bagi persiapan PRU akan datang. Kita juga baru sahaja lepas adakan pemilihan parti dan di wilayah ini majoriti ketua bahagian dari kalangan muka baharu dari pelbagai latar belakang,” katanya kepada FMT. Sementara itu, Ketua Bersatu Segambut Dr Nur Izzah Norma meluahkan rasa kecewa susulan keputusan dibuat Mahathir. “Saya selaku ketua di Segambut amat kesal dengan keputusan yang telah diambil. Namun, segala keputusan dan kenyataan beliau tidak mencerminkan pandangan bahagian secara keseluruhannya. “Bersatu Segambut mengambil pendekatan kekal bersama dengan kepimpinan Bersatu Malaysia.” Terdahulu, Mahathir dalam surat dihantar memaklumkan keluar parti kepada Radzi Jidin sebagai penyandang jawatan ketua Bersatu Wilayah Persekutuan. Mahathir adalah pemimpin bahagian lantang mengkritik himpunan diketuai PAS menyokong Najib Razak pada 6 Jan, mengatakan ia mencerminkan kesediaan PN berkompromi dengan prinsipnya demi kepentingan politik. News
Khairy Jamaluddin: Malaysian Millennials and Gen Zs need to start saving for retirement now Posted on 27/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 27 — “It’s difficult to save for your future but you absolutely must. It’s counter-intuitive for a young person to save, I know,” said Khairy Jamaluddin, Versa’s marketing ambassador and former Youth and Sports Minister, echoing his statement in 2018, when he launched the “TN50 PRS Youth… Read More
EU foreign ministers to tackle Syria sanctions relief at end of month Posted on 13/01/2025 The EU foreign policy chief said that any European decision to ease sanctions would be conditional on the new Syrian administration’s approach to governing. (EPA Images pic) RIYADH: European foreign ministers will meet at the end of January to discuss the lifting of sanctions on Syria, the EU foreign policy… Read More
Najib: RM90m in 2012 was Saudi king’s ‘political donation’ to me too Posted on 05/12/2024 KUALA LUMPUR, Dec 5 — Former prime minister Datuk Seri Najib Razak today said he believed funds totalling RM90 million which entered his personal AmIslamic bank account in 2012 was also a donation from the late Saudi Ruler King Abdullah. On trial for the misappropriation of RM2 billion belonging to… Read More