Tak nafi hak negeri, peruntukan lebih tinggi daripada royalti diambil, kata PM Posted on 23/11/2024 By udot Anwar Ibrahim bercakap pada sesi dialog awam Program 2TM di KLCC. Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi dan Fadillah Yusof. (Gambar Bernama) KUALA LUMPUR: Perbezaan warna politik tidak bermakna persekutuan menafikan hak negeri-negeri, khususnya yang ditadbir pembangkang, kata Anwar Ibrahim. Perdana menteri berkata, setakat ini beliau mendapat kerjasama baik daripada kerajaan negeri, termasuk Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu yang dikuasai Perikatan Nasional (PN), dalam isu melibatkan urusan kerajaan. “Dalam perbincangan dengan semua semua menteri besar termasuk pembangkang, saya kata dalam soal urusan kerajaan, kita runding dengan baik. “Apa keperluan (negeri) kita laksanakan dan beza politik kita ketepikan, jadi saya belum nampak ada pertentangan dalam hal ini,” katanya pada sesi dialog awam Program Dua Tahun Kerajaan Madani (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi dan Fadillah Yusof serta barisan Jemaah Menteri. Mengulas lanjut, Anwar yang juga menteri kewangan bagaimanapun mengakui terdapat sedikit percanggahan pandangan antara negeri pembangkang dan persekutuan khususnya melibatkan bayaran royalti. Namun, beliau sekali lagi menegaskan peruntukan pembangunan diterima negeri pembangkang jauh lebih tinggi daripada bayaran royalti yang diambil Putrajaya. “Kadang-kadang disebut tentang soal yang agak berbeza pendapat sedikit, iaitu soal royalti, tapi saya bagi angka. “Untuk Perlis, Kelantan, Terengganu, Kedah, (peruntukan) itu jauh lebih tinggi dari tahun sebelumnya dan kalau kita kumpulkan lebih tinggi dari jumlah royalti yang kita ambil. “Tapi fakta itu tak sampai ke bawah sebab ini soal politik lah,” katanya. Anwar berkata, kerajaan persekutuan memandang berat isu kemiskinan, pendidikan, kesihatan dan kemudahan asas di setiap negeri, termasuk meluluskan peruntukan segera sekiranya melibatkan kepentingan awam. “Bagi saya, ini kerja kita, soal kerjasama dari segi persekutuan cukup jelas, jadi kalau negeri ambil sikap positif, ia memudahkan … kalau ambil sikap bengis, ia mempersulit,” katanya. News
PM Anwar arrives in Beijing for final leg of China visit, set to meet President Xi Posted on 06/11/2024 BEIJING, Nov 6 — Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim has arrived in Beijing, the last stop of his working visit to China from Nov 4 to 7. The aircraft carrying Anwar from Shanghai landed at Beijing Capital International Airport at 6.10 pm local time today. The Prime Minister was… Read More
Timeline of Bung Moktar and Zizie Izette’s RM2.8m graft case as court orders defence Posted on 18/11/2024 PUTRAJAYA, Nov 18 — The Court of Appeal today remitted the RM2.8 million corruption case involving Kinabatangan MP Datuk Seri Bung Moktar Radin and his wife, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad, to the Kuala Lumpur Sessions Court for them to enter their defence. A three-judge panel comprising Justices Datuk… Read More
Give Nadma more resources and authority, says MP Posted on 13/11/2024 Delays in distributing aid and fragmented communication only worsen the impact of natural disasters, Bukit Bendera MP Syerleena Abdul Rashid said. (Bernama pic) PETALING JAYA: A government MP has called for the National Disaster Management Agency (Nadma) to be given more resources and greater authority so that it can respond… Read More