Tak nafi hak negeri, peruntukan lebih tinggi daripada royalti diambil, kata PM Posted on 23/11/2024 Anwar Ibrahim bercakap pada sesi dialog awam Program 2TM di KLCC. Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi dan Fadillah Yusof. (Gambar Bernama) KUALA LUMPUR: Perbezaan warna politik tidak bermakna persekutuan menafikan hak negeri-negeri, khususnya yang ditadbir pembangkang, kata Anwar Ibrahim. Perdana menteri berkata, setakat ini beliau mendapat kerjasama baik daripada kerajaan negeri, termasuk Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu yang dikuasai Perikatan Nasional (PN), dalam isu melibatkan urusan kerajaan. “Dalam perbincangan dengan semua semua menteri besar termasuk pembangkang, saya kata dalam soal urusan kerajaan, kita runding dengan baik. “Apa keperluan (negeri) kita laksanakan dan beza politik kita ketepikan, jadi saya belum nampak ada pertentangan dalam hal ini,” katanya pada sesi dialog awam Program Dua Tahun Kerajaan Madani (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi dan Fadillah Yusof serta barisan Jemaah Menteri. Mengulas lanjut, Anwar yang juga menteri kewangan bagaimanapun mengakui terdapat sedikit percanggahan pandangan antara negeri pembangkang dan persekutuan khususnya melibatkan bayaran royalti. Namun, beliau sekali lagi menegaskan peruntukan pembangunan diterima negeri pembangkang jauh lebih tinggi daripada bayaran royalti yang diambil Putrajaya. “Kadang-kadang disebut tentang soal yang agak berbeza pendapat sedikit, iaitu soal royalti, tapi saya bagi angka. “Untuk Perlis, Kelantan, Terengganu, Kedah, (peruntukan) itu jauh lebih tinggi dari tahun sebelumnya dan kalau kita kumpulkan lebih tinggi dari jumlah royalti yang kita ambil. “Tapi fakta itu tak sampai ke bawah sebab ini soal politik lah,” katanya. Anwar berkata, kerajaan persekutuan memandang berat isu kemiskinan, pendidikan, kesihatan dan kemudahan asas di setiap negeri, termasuk meluluskan peruntukan segera sekiranya melibatkan kepentingan awam. “Bagi saya, ini kerja kita, soal kerjasama dari segi persekutuan cukup jelas, jadi kalau negeri ambil sikap positif, ia memudahkan … kalau ambil sikap bengis, ia mempersulit,” katanya. News
Nottingham Forest aiming high after defying expectations Posted on 09/11/2024 Nottingham Forest’s Chris Wood celebrates scoring during their Premier League match against West Ham United at the City Ground, Nottingham. (AP pic) NOTTINGHAM: Nottingham Forest have defied expectations to reach their highest Premier League position in 26 years after surviving one of the most turbulent seasons in the club’s history…. Read More
RM12.8bil in unclaimed money awaiting owners Posted on 14/11/2024 Finance minister II Amir Hamzah Azizan told the Dewan Rakyat that the accountant-general’s department has set up 184 booths nationwide to encourage more people to come forward to claim the unclaimed funds. (Bernama pic) PETALING JAYA: The accountant-general’s department holds a total of RM12.8 billion in unclaimed money, the Dewan… Read More
Sinner crowns outstanding season with ATP Finals win over Fritz Posted on 18/11/2024 Jannik Sinner made history as the first to secure the ATP Finals title without dropping a set since Ivan Lendl in 1986. (AP pic) TURIN: Home favourite and world No 1 Jannik Sinner became the first Italian to win the ATP Finals title following a dominant 6-4, 6-4 victory over… Read More