Tak perlu letak jawatan, Anwar tak campur keputusan mahkamah sebelahkan Najib, kata Hassan Posted on 07/01/2025 Hassan Karim berkata, Perdana Menteri Anwar Ibrahim membuktikan prinsip pemisahan kuasa berjalan baik di negara ini. PETALING JAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim terbukti menghormati kebebasan kehakiman susulan keputusan Mahkamah Rayuan berkait titah adendum bekas perdana menteri, Najib Razak, kata Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim. Katanya, selain “kemenangan” Najib berkait permohonan kebenaran semakan mengemukakan keterangan baharu menghabiskan baki pemenjaraan bawah tahanan rumah, badan kehakiman juga jelas “menang nyata”. “Tetapi, yang jelas menang secara nyata ialah institusi kehakiman. “Dengan keputusan 2-1 hakim-hakim Mahkamah Rayuan telah menunjukkan bahawa keputusan kerajaan iaitu badan eksekutif termasuk Lembaga Pengampunan boleh dicabar dan disemak di mahkamah. Prinsip pemisahan kuasa berjalan baik di Malaysia,” katanya dalam kenyataan. Hassan turut mempersoalkan desakan supaya Anwar meletak jawatan susulan keputusan Mahkamah Rayuan semalam, atas dakwaan perdana menteri perlu bertanggungjawab. “Pihak yang patut menjawab di mahkamah bukan Anwar Ibrahim, tetapi peguam negara atau wakilnya dari Jabatan Peguam Negara. “Apakah kita mahu Anwar campur tangan dalam kerja-kerja profesional peguam-peguam kerajaan yang disebut ‘Federal Counsel’ dan peguam negara di Jabatan Peguam Negara?” soalnya. Sebelum ini, Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari menuntut Anwar meletak jawatan selepas menyatakan penafian kewujudan perintah adendum itu mencerminkan ketidakjujuran kerajaan dan merupakan pencabulan hak Najib mendapatkan perbicaraan dan keadilan yang adil. Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin pula menuduh Anwar sengaja menyembunyikan titah itu, sambil mendakwa beliau menafikan titah Agong yang merupakan penderhakaan besar kepada Raja dan negara. Semalam, sidang tiga hakim di Mahkamah Rayuan, dalam keputusan majoriti, juga membenarkan permohonan Najib untuk mengemukakan keterangan baharu apabila merit kes diperdengarkan di Mahkamah Tinggi. Hakim Firuz Jaffril, berkata Najib memenuhi kriteria seperti mana disebut dalam keputusan Ladd lwn Marshall untuk mengemukakan bukti baharu. Ladd lwn Marshall merupakan kes di mahkamah rayuan England, yang menetapkan kriteria bagi mahkamah untuk menerima keterangan baharu dalam kes yang sudah diputuskan. Firuz berkata, bahawa Najib telah, selepas keputusan Mahkamah Tinggi pada Julai, memperoleh salinan titah adendum daripada Sultan Pahang, yang merupakan Yang di-Pertuan Agong ke-16. Firuz menambah kerajaan tidak beri sanggahan yang kukuh terhadap keterangan yang dikemukakan Najib. Hakim Azhahari Kamal Ramli bersetuju dengan Firuz. Hakim Azizah Nawawi, yang mempengerusikan sidang Mahkamah Rayuan ini, tidak bersetuju. News
Bekas peguam negara antara 4 ahli baharu JAC Posted on 18/11/2024 Tempoh pelantikan Idrus Harun, Zainun Ali, Talat Mahmood Abdul Rashid and Hartini Saripan berkuatkuasa hingga 31 Okt 2026. KUALA LUMPUR: Bekas peguam negara Idrus Harun antara empat individu dilantik sebagai ahli Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) yang baharu bagi tempoh dua tahun mulai 1 Nov lalu. Turut dilantik ialah bekas hakim… Read More
Landslide traps family in Terengganu, two sisters dead, brother rescued Posted on 30/11/2024 KUALA BERANG, Nov 30 — Two sisters were killed in a landslide that buried their house in Kampung Bukit Apit, Ajil, here at 4.30pm yesterday. The Malaysian Fire and Rescue Department’s (JBPM) Terengganu chapter director, Hassan ‘As’ari Omar, said the two victims’ brother was found injured. “At the time of… Read More
Three suspected car thieves killed in early morning shootout with Penang cops in Nibong Tebal Posted on 13/11/2024 GEORGE TOWN, Nov 13 — Three men, believed to be involved in 33 car theft and robbery cases in Penang, were shot dead after engaging in a shootout with the police in Nibong Tebal early this morning. In the 5.30am incident, a police team was conducting anti-crime operations when they… Read More