Tak perlu tunggu PRN untuk jalin kerjasama dengan GRS Posted on 10/11/2024 Timbalan Setiausaha Agung Armizan Mohd Ali kata tidak perlu tunggu PRN untuk jalin kerjasama dengan GRS. PAPAR: Mana-mana pihak yang ingin menjalin kerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak perlu menunggu PRN17. Timbalan Setiausaha Agung GRS Armizan Mohd Ali berkata sekiranya ada pihak yang mahu bekerjasama, ia perlulah dimulakan sekarang sebelum PRN yang dijangka diadakan pada tahun depan. “Sekarang ada tempoh setahun lagi (sebelum PRN17), bekerjasamalah dengan kerajaan. Tunjukkan keikhlasan,” katanya kepada pemberita selepas tinjauan di Jalan Sabindo dan menerima taklimat daripada Kementerian Kerja Raya di Kampung Suangon. Armizan berkata sebarang kerjasama dengan pihak lain akan diputuskan oleh Ahli Majlis Tertinggi GRS. Sebagai gabungan parti yang terdiri daripada pelbagai parti tempatan, keputusan tidak diambil secara bersendirian tetapi mengambil kira pandangan semua pihak yang terlibat, katanya. Komponen GRS terdiri daripada Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Parti Maju Sabah (SAPP), Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS), Parti Liberal Demokratik (LDP) dan Presiden Parti Cinta Sabah (PCS). News
Yemen’s Houthis attacked US warships with drones, missiles Posted on 13/11/2024 Yemen’s Houthis have targeted vessels in the Red Sea and Gulf of Aden since November 2023, citing solidarity with Palestinians in Gaza. (AP pic) WASHINGTON: Yemen’s Houthi rebels targeted two US destroyers with drones and missiles as they transited the Bab al-Mandab Strait, but the warships defeated the attacks, the Pentagon… Read More
Vivy, husband leave MACC after five hours of questioning over FashionValet investment loss Posted on 08/11/2024 PUTRAJAYA, Nov 8 — The process of recording the testimony of the founding couple of FashionValet Sdn Bhd related to the investment losses of Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) and Permodalan Nasional Bhd (PNB) which continued today was completed after about five hours. The vehicle carrying the couple was seen leaving… Read More
Kediaman rasmi MB Kedah terjejas banjir Posted on 30/11/2024 Pegawai khas kata kediaman rasmi menteri besar Kedah mula dinaiki air awal pagi tadi. (Gambar Facebook) ALOR SETAR: Kediaman rasmi menteri besar Kedah di Seri Mentaloon turut terjejas akibat bencana banjir. Pegawai khas menteri besar, Helmi Khalid, berkata perkarangan kediaman itu mula dinaiki air dari Sungai Anak Bukit awal pagi… Read More