Taman eko rimba, hutan taman negeri di Pahang ditutup akibat MTL Posted on 17/11/2024 By udot Jabatan Perhutanan Negeri Pahang berkata aktiviti rekreasi dalam hutan simpan kekal seperti pendakian gunung, perkhemahan dan sukan lasak berkenderaan dilarang. (Gambar Bernama) PETALING JAYA: Taman eko rimba, hutan taman negeri dan kawasan pelancongan eko di Pahang ditutup sementara disebabkan bermulanya monsun timur laut (MTL). Aktiviti rekreasi dalam hutan simpan kekal (HSK) seperti pendakian gunung, perkhemahan, memancing, perkelahan dan sukan lasak berkenderaan turut dilarang sepanjang MTL yang diramalkan membawa hujan lebat, khasnya kepada negeri di Pantai Timur. Penolong Pengarah Kanan Hutan Lipur Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Muhamad Rahman Mustafa, berkata penutupan sementara itu bermula 21 Okt lalu hingga satu tarikh akan dimaklumkan kelak. Beliau berkata, kejadian tidak diingini seperti kepala air, tanah runtuh, pokok tumbang dan terputus hubungan boleh berlaku ketika hujan lebat. “JPNP sentiasa mengambil berat keselamatan pengunjung di kawasan pelancongan seliaan jabatan. Keputusan menutup sementara perlu dilakukan demi keselamatan,” katanya menurut Berita Harian. “Bagi pengunjung yang tidak mematuhi notis ini, tindakan undang-undang boleh dikenakan mengikut Akta Perhutanan Negara 1984. Sebarang pertanyaan, boleh berhubung terus dengan JPNP di talian 09-5732911/2914.” Menurutnya, penguat kuasa Pejabat Hutan Daerah akan melakukan rondaan dari semasa ke semasa bagi memastikan tiada individu berada dalam taman eko rimba, hutan taman negeri dan HSK sepanjang tempoh itu. Tetapi, beliau berkata, penutupan sementara itu tidak termasuk Taman Eko Rimba Mossy Forest di Cameron Highlands. Terdapat 25 taman eko rimba dan dua taman negeri yang dikunjungi pelancong tempatan serta asing di Pahang. News
Could London be set to introduce a tourist tax? Posted on 21/11/2024 A trip to London could soon cost (even) more if a tourist tax is introduced. (Envato Elements pic) PARIS: London’s hotels have the highest average prices in the UK. According to Statista, the average price per night is £158, or around €190. And this substantial budget could be set to… Read More
CAAM larang guna bagasi pintar di apron lapangan terbang Posted on 18/11/2024 Pihak Berkuasa Penerbangan Awam berkata bagasi pintar dilengkapi motor elektrik perlu dinyahaktifkan sepenuhnya, termasuk komponen bateri sebelum dibawa masuk ke kawasan apron lapangan terbang. (Gambar Facebook) PUTRAJAYA: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) mengeluarkan arahan keselamatan melarang penggunaan bagasi pintar atau “skuter” sebagai mod pengangkutan di kawasan apron lapangan terbang. Ketua… Read More
Lost your SPM cert? Education Ministry can reprint it for you with discount at the Madani govt’s anniversary event Posted on 23/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 23 — Communication Minister Fahmi Fadzil today revealed a surprise hit during the Two Years of Madani Government event: Education Ministry’s booth offering reprints of Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) certificates. However, the said the most popular event at Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) remains the Road Transport… Read More