Taman eko rimba, hutan taman negeri di Pahang ditutup akibat MTL Posted on 17/11/2024 Jabatan Perhutanan Negeri Pahang berkata aktiviti rekreasi dalam hutan simpan kekal seperti pendakian gunung, perkhemahan dan sukan lasak berkenderaan dilarang. (Gambar Bernama) PETALING JAYA: Taman eko rimba, hutan taman negeri dan kawasan pelancongan eko di Pahang ditutup sementara disebabkan bermulanya monsun timur laut (MTL). Aktiviti rekreasi dalam hutan simpan kekal (HSK) seperti pendakian gunung, perkhemahan, memancing, perkelahan dan sukan lasak berkenderaan turut dilarang sepanjang MTL yang diramalkan membawa hujan lebat, khasnya kepada negeri di Pantai Timur. Penolong Pengarah Kanan Hutan Lipur Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Muhamad Rahman Mustafa, berkata penutupan sementara itu bermula 21 Okt lalu hingga satu tarikh akan dimaklumkan kelak. Beliau berkata, kejadian tidak diingini seperti kepala air, tanah runtuh, pokok tumbang dan terputus hubungan boleh berlaku ketika hujan lebat. “JPNP sentiasa mengambil berat keselamatan pengunjung di kawasan pelancongan seliaan jabatan. Keputusan menutup sementara perlu dilakukan demi keselamatan,” katanya menurut Berita Harian. “Bagi pengunjung yang tidak mematuhi notis ini, tindakan undang-undang boleh dikenakan mengikut Akta Perhutanan Negara 1984. Sebarang pertanyaan, boleh berhubung terus dengan JPNP di talian 09-5732911/2914.” Menurutnya, penguat kuasa Pejabat Hutan Daerah akan melakukan rondaan dari semasa ke semasa bagi memastikan tiada individu berada dalam taman eko rimba, hutan taman negeri dan HSK sepanjang tempoh itu. Tetapi, beliau berkata, penutupan sementara itu tidak termasuk Taman Eko Rimba Mossy Forest di Cameron Highlands. Terdapat 25 taman eko rimba dan dua taman negeri yang dikunjungi pelancong tempatan serta asing di Pahang. News
Kerajaan belanja lebih RM800 juta naik taraf lebih 11,000 tandas awam Posted on 15/11/2024 Kebersihan tandas awam adalah antara penanda aras yang amat penting sekali untuk diangkat bersama, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming. (Gambar Freepik) PETALING JAYA: Kerajaan membelanjakan lebih RM800 juta dalam tempoh kurang dua tahun untuk menaik taraf 11,397 tandas awam di seluruh negara, jumlah tertinggi dibelanjakan dalam… Read More
U Mobile dipilih penyedia 5G rangkaian kedua berdasarkan gabungan beberapa faktor – MCMC Posted on 06/11/2024 Pemilihan U Mobile Sdn Bhd sebagai penyedia 5G rangkaian kedua negara dibuat berdasarkan gabungan beberapa faktor, kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC). Read More
28 Feb keputusan rayuan denda MyCC terhadap Grab Posted on 21/11/2024 MyCC merayu keputusan Mahkamah Tinggi pada 6 Julai tahun lalu dan Grab Inc memperoleh perintah certiorari untuk membatalkan cadangan denda itu. PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menetapkan 28 Feb tahun depan untuk menyampaikan keputusan berhubung rayuan oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) yang mencabar keputusan Mahkamah Tinggi untuk membatalkan cadangan denda RM86.77 juta… Read More