Tanggungjawab kerajaan dedah titah adendum diraja, kata peguam Posted on 06/01/2025 Najib Razak memohon kebenaran Mahkamah Rayuan untuk mengemukakan bukti baharu bagi membuktikan kewujudan perintah adendum Agong terdahulu yang membenarkan beliau menjalani baki hukuman penjara bawah tahanan rumah. (Gambar Bernama) PUTRAJAYA: Kerajaan dan ejennya terikat dengan tanggungjawab untuk mendedahkan kewujudan titah diraja yang didakwa membenarkan bekas perdana menteri Najib Razak menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah, Mahkamah Rayuan diberitahu hari ini. Dalam permohonan Najib untuk mengemukakan bukti baharu dalam rayuannya bagi kebenaran memulakan semakan kehakiman, peguam Shafee Abdullah berkata Najib tidak mempunyai tanggungjawab untuk berbuat demikian tetapi bertindak dengan sewajarnya bagi mendapatkan bukti tersebut. “Ini tugas kerajaan, terutama bekas peguam negara (Ahmad Terrirudin Salleh), untuk menampilkan perintah adendum tersebut,” kata Shafee, sambil menambah bahawa adendum itu dihantar oleh istana kepada bekas peguam negara ketika ia dikeluarkan. “Mereka (kerajaan) mesti memberi jawapan kepada anak guam saya kerana mereka adalah pihak berkuasa awam,” katanya kepada panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh Hakim Azizah Nawawi. Katanya, Najib juga menulis surat kepada enam pihak termasuk kerajaan pada tahun lalu, sebelum memfailkan permohonan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman pada April tahun lalu. Panel itu turut dianggotai Hakim Azahari Kamal Ramli dan Firuz Jaffril. Shafee turut memberitahu mahkamah bahawa anak lelaki Najib, Nizar, memfailkan satu lagi afidavit dua hari lalu. Dalam afidavit itu, Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang Ahmad Khirrizal Ab Rahman mengesahkan kewujudan perintah adendum tersebut dan keasliannya. Pada pendengaran pada 5 Dis, Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan memohon penangguhan bagi membolehkan kerajaan mengesahkan kesahihan dokumen yang dikemukakan dalam kes itu. Menurut Shamsul, kerajaan memerlukan masa untuk mengesahkan dokumen yang tidak ditandatangani atau dimeterai itu. Najib ingin bergantung kepada bukti baharu itu bagi mendapatkan kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman untuk memaksa kerajaan melaksanakan titah diraja yang didakwa dikeluarkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, yang kini merupakan Sultan Pahang. News
DOE investigates suspected water pollution near Penang’s Floating Mosque after images go viral Posted on 11/11/2024 GEORGE TOWN, Nov 10 — The Penang Department of Environment (DOE) is investigating a suspected pollution incident in the waters near the Floating Mosque in Tanjung Bungah, here. Its director Norazizi Adinan said the department has asked the State Fisheries Department and the Malaysian Fisheries Development Authority (LKIM) to look… Read More
1MDB board hails court order blocking PetroSaudi’s US$340m funds Posted on 13/12/2024 KUALA LUMPUR, Dec 12 — The board of 1Malaysia Development Bhd (1MDB) said that it welcomes the High Court’s decision yesterday to allow the government’s application to block PetroSaudi International Ltd (PSI) and its director Tarek Obaid from the fund. It said it believes the US$340 million (RM1.61 billion) linked… Read More
Havertz’s wife calls for respect after threats to unborn child Posted on 14/01/2025 Kai Havertz reacts after failing to convert the penalty in Arsenal’s FA Cup shootout against Manchester United at the Emirates. (AP pic) LONDON: The wife of Arsenal forward Kai Havertz has shared screenshots of “shocking” abuse she received on social media, including threats to the couple’s unborn child, after the Gunners’… Read More