Tengku Zafrul tak maklum nak sertai PKR, kata Zahid Posted on 14/12/2024 Zahid Hamidi berkata tiada permohonan daripada Zafrul untuk tinggalkan Umno. KUALA LUMPUR: Presiden Umno Zahid Hamidi mengesahkan tiada sebarang pemakluman daripada Tengku Zafrul Aziz berkait ura-ura Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu akan menyertai PKR. FMT semalam melaporkan rundingan sedang berjalan berhubung kemungkinan Tengku Zafrul meninggalkan Umno untuk menyertai PKR, dengan keputusan dijangka dibuat dalam dua hari lagi, memetik sumber dalaman Umno Selangor. “Setakat ini tiada permohonan daripada beliau (tinggalkan parti) dan beliau pun tidak bertemu dengan saya, jadi kita tidak dapat mengesahkan berita itu,” kata Zahid selepas menghadiri Majlis Konvokesyen Kolej Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Beliau mengulas laporan mendakwa Zafrul yang juga ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno akan menyertai PKR tahun depan, untuk ditawarkan jawatan Menteri Besar Selangor. Bagaimanapun, Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh mengesahkan kepimpinan parti belum menerima kemas kini rasmi berhubung permohonan Tengku Zafrul menyertai parti itu. Tengku Zafrul menjadi ahli Umno sejak 1997 dan menang ahli MKT pada Mac lalu dalam pemilihan parti penggal 2023-2026. Zahid turut mengingatkan pemimpin Umno untuk menjaga integriti daripada termakan tawaran bersifat kepentingan individu. “Mana-mana ahli dan pemimpin parti harus utamakan kepentingan parti sendiri bukan kepentingan peribadi dan apa pun agenda peribadi hendaklah diketepikan jika seseorang itu mahu supaya partinya diberikan keutamaan. “Kalau memberi kepentingan peribadi sebagai keutamaan, maka kita serahkan untuk ahli dan rakyat menilai integriti seseorang itu,” katanya. Zahid yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) turut membuat teguran kepada rakan komponen dalam kerajaan perpaduan supaya tidak ‘mencuri’ ahli parti lain. “Kalau berlaku sebaliknya, mereka tentu akan terasa hati. Jadi dalam keadaan begitu, eloklah kita menjaga perpaduan dalam kalangan kita,” katanya. News
Businessman acquitted in RM615,000 bribery case Posted on 18/12/2024 In his closing argument at the end of the prosecution’s case today, lawyer RSN Rayer told the sessions court in Butterworth that the accused was not at the locations specified in the charges. (File pic) BUTTERWORTH: A businessman accused of soliciting and accepting bribes totalling RM615,000 to “settle” a police… Read More
Israeli football fans back home after Amsterdam violence Posted on 09/11/2024 A Maccabi Tel Aviv fan points at the club’s emblem as he arrives at Israel’s Ben-Gurion airport today. (AP pic) TEL AVIV: A plane carrying Israeli football supporters brought home from Amsterdam by the government landed today at Israel’s Ben Gurion airport as authorities condemned a night of “hateful antisemitic”… Read More
Four days straight of rain in Kelantan, Terengganu from Monday Posted on 13/12/2024 KUALA LUMPUR, Dec 13 — Continuous rain is expected to occur in Kelantan and Terengganu for four days, starting Monday (Dec 16). The Malaysian Meteorological Department (MetMalaysia), in a statement, said that the Hulu Perak district in Perak will also experience similar weather conditions. Additionally, Pahang, Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan… Read More