Tiada maklumat Jho Low di Myanmar, kata KPN Posted on 22/11/2024 Razarudin Husain berkata polis Malaysia bekerjasama rapat dengan rakan sejawatan mereka di Myanmar kerana kedua-dua pasukan polis adalah sebahagian daripada Aseanapol. (Gambar Bernama) KUALA LUMPUR: Polis tidak mempunyai maklumat mengenai dakwaan bahawa Low Taek Jho atau Jho Low, bersembunyi di Myanmar. Ketua Polis Negara, Razarudin Husain, berkata negara pimpinan junta tentera itu tidak memberikan sebarang maklumat kepada polis mengenai ahli perniagaan dikehendaki yang merupakan individu penting dalam skandal 1MDB. “Kita akan berikan dan akan bantu Myanmar dengan apa sahaja maklumat yang kami ada,” kata Razarudin kepada media di Pusat Latihan Polis (Pulapol) hari ini. “Myanmar (polis) juga akan memberikan apa sahaja maklumat yang kita minta kerana mereka juga sebahagian daripada Aseanapol. “Buat masa ini kita tidak ada maklumat apa-apa dan Myanmar juga tidak menyatakan apa-apa maklumat.” Selasa lalu, peguam bekas perdana menteri Najib Razak, Shafee Abdullah berkata beliau percaya Jho Low berada di Myanmar. Shafee berkata beliau membuat kesimpulan itu berdasarkan keterangan bekas penasihat undang-undang 1MDB, Jasmine Loo, di mahkamah. Pada Mei, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu bahawa Low adalah ‘dalang’ dalam menentukan bagaimana 1MDB membuat pelaburannya, walaupun tidak memegang jawatan dalam GLC. Ia berdasarkan keterangan pegawai penyiasat SPRM Nur Aida Arifin semasa pemeriksaan balas oleh Shafee dalam perbicaraan rasuah Najib. Penyiasat Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) menganggarkan sejumlah USD4.5 bilion telah diseleweng daripada 1MDB, yang ditubuhkan pada 2009. News
Dr Mahathir bristles over seeing ‘big Chinese characters’ all over KL Posted on 19/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 18 — Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad today complained of authorities’ inaction against businesses putting up signs in foreign languages instead of Malay. He said he observed this during a visit to the city during weekends, especially to its newer shopping malls. While he said… Read More
Bin Zayed International ditches RM40bil Langkasuka project Posted on 23/11/2024 A still from the project video shows an artist’s impression of the reclamation project at Padang Matsirat in Langkawi. (File pic) PETALING JAYA: Bin Zayed International LLC, a subsidiary of Dubai-based conglomerate BZIG Group, has officially withdrawn from the RM40 billion 99-island Langkasuka project in Langkawi due to limited growth… Read More
Party on? MBPJ mulls letting entertainment joints open until 3am Posted on 29/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 29 — The Petaling Jaya City Council (MBPJ) will weigh extending operating hours to 3am for entertainment outlets in its jurisdiction, based on feedback during a recent tourism workshop. According to The Star, PJ Mayor Mohamad Zahri Samingon said the council is planning to conduct in January… Read More