Tiada peluang kedua penjawat awam tak sain SSPA, kata KPPA Posted on 21/12/2024 Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz sebelum ini dilaporkan berkata kira-kira 1,400 daripada 1.5 juta penjawat awam tidak menandatangani SSPA. CYBERJAYA: Tiada peluang kedua atau tempoh tambahan akan diberikan kepada penjawat awam yang tidak menandatangani opsyen Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA). Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata ini kerana kerajaan telah memberikan satu tempoh yang wajar iaitu dari 21 Okt hingga 30 Nov lepas bagi membuat pilihan sama ada memilih SSPA atau kekal dengan Sistem Saraan Malaysia (SSM). “Apabila tempoh masa tersebut telah melepasi apa yang ditetapkan, tiada ruang lagi untuk mereka membuat pilihan. Jadi mereka perlu berada dalam sistem sedia ada yang menjadi pilihan mereka. “Sebenarnya yang tidak memilih (opsyen SSPA) ini sangat sedikit. Bagi saya, ini sesuatu yang kita tidak dapat elakkan kerana dalam pilihan ini ada yang menerima, ada yang tidak, itu perkara yang lumrah dalam pemilihan,” katanya sambil menambah tiada sebarang tindakan diambil terhadap mereka yang tidak memilih opsyen SSPA. Beliau berkata demikian kepada Bernama dan RTM ketika hadir menyaksikan pementasan Teater Perkhidmatan Awam ‘Lara Wirang’ di Dewan Tun Canselor, Multimedia University. Dilaporkan hanya 0.13% atau 1,400 orang daripada 1.5 juta penjawat awam tidak menandatangani opsyen SSPA. Wan Dahlan dalam pada itu turut menzahirkan penghargaan kepada penjawat awam menandatangani opsyen SSPA, malah menikmati kenaikan gaji pertama mereka semalam selepas pelarasan di bawah skim itu. “Ini menunjukkan apa yang dinyatakan Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebelum ini telah dikotakan,” katanya. Sementara itu, Teater Lara Wirang, yang menampilkan suatu kisah di Tanah Melayu dan Kepulauan Jawa dalam tahun 1427 hingga 1492, dipentaskan oleh 95 penjawat awam berbilang bangsa dari pelbagai agensi meliputi persekutuan, negeri, badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan serta pelajar universiti. Bermula 2014, Jabatan Perkhidmatan Awam mengorak langkah mengadakan persembahan Teater Perkhidmatan Awam sebagai pengisian penting Majlis Genta Bahasa yang merupakan penutup Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat sektor awam. News
Anger, pain in Turkey as ‘newborn deaths gang’ trial opens Posted on 19/11/2024 Activists chant slogans during a protest outside the courthouse in Istanbul where dozens of Turkish healthcare workers including doctors and nurses go on trial for fraud and causing the deaths of 10 infants. (AP pic) ISTANBUL: Dozens of suspects went on trial in Istanbul Monday over the deaths of at… Read More
Israeli strikes kill 47 people in eastern Lebanon, says official Posted on 22/11/2024 Israeli airstrikes hit the Hezbollah-controlled southern suburbs of Beirut, sending up clouds of debris, in some of the most intense airstrikes yet. (AP pic) BEIRUT/JERUSALEM: Israeli strikes killed at least 47 people in eastern Lebanon on Thursday, a Lebanese official said, pressing the campaign against the Iran-backed Hezbollah group as… Read More
Malaysia suffers first defeat in Asean Cup against Thailand Posted on 15/12/2024 The Harimau Malaya squad struggled to create meaningful chances, breaking into the War Elephants’ penalty box occasionally. (Photo by HECTOR RETAMAL / AFP) BANGKOK: Malaysia endured their first defeat in the ASEAN Cup 2024, narrowly losing 0-1 to defending champions Thailand in their third Group A match at the Rajamangala… Read More