Titah adendum: Menteri Umno sedia beri keterangan di mahkamah Posted on 11/01/2025 Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Umno yakin Mahkamah Tinggi akan bertindak bebas dan adil menilai keabsahan kewujudan titah adendum berkait tahanan rumah Najib Razak. (Gambar Bernama) PETALING JAYA: Menteri Umno dalam kerajaan perpaduan bersedia memberi kerjasama kepada Mahkamah Tinggi jika diperlukan memberi keterangan berkait titah adendum Najib Razak. Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki, berkata parti yakin mahkamah tidak terikat dan adil bagi mengesahkan titah tersebut. “Umno yakin bahawa Mahkamah Tinggi akan bertindak bebas dan adil untuk menilai keabsahan kewujudan titah adendum tersebut. “Menteri-menteri yang mewakili Umno juga bersedia untuk memberi kerjasama kepada Mahkamah Tinggi kelak jika diperlukan untuk memberikan keterangan,” katanya dalam kenyataan. Kenyataan itu dibuat selesai mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) malam tadi. Katanya, Umno juga akan terus memohon ihsan dan perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bagi Najib diberikan pengampunan penuh dalam sabitan kes SRC International. Hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa menyangkal beliau menyembunyikan titah adendum berkait tahanan rumah bekas presiden Umno itu. Katanya, Zaliha yang juga ahli Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan menjelaskan, beliau seperti ahli Jemaah Menteri tidak pernah melihat dokumen terbabit. Pada Isnin, Najib yang juga bekas perdana menteri, memperoleh kebenaran Mahkamah Rayuan untuk memulakan prosiding semakan kehakiman, bagi memaksa kerajaan melaksanakan titah adendum oleh Yang di-Pertuan Agong terdahulu, membenarkannya menjalani baki pemenjaraan bawah tahanan rumah. Beberapa pihak menuduh kerajaan sorok titah tersebut, selepas peguam Najib, Shafee Abdullah, mengemukakan kepada mahkamah surat daripada Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang yang mengesahkan kewujudan titah adendum itu. News
Eight dead, 17 hurt, in China school knife attack Posted on 17/11/2024 Violent knife crimes were not uncommon in China, where firearms were tightly regulated, but attacks with such a high death toll were relatively rare. (AP pic) BEIJING: Eight people were killed and 17 others wounded Saturday in a knife attack at a vocational school in eastern China, and the suspect… Read More
After Shafee complains about Najib’s SRC trial reports, NUJ says don’t blame the media Posted on 21/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 21 — The media is at no fault for factual reporting on former prime minister Datuk Seri Najib Razak’s SRC International Sdn Bhd case, the National Union of Journalists Malaysia (NUJM) said today. The NUJM was responding to Najib’s lead defence lawyer Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah’s… Read More
Police arrest man in Subang Jaya for alleged sexual abuse of 15-year-old stepdaughter, says Bukit Aman assistant director Posted on 18/01/2025 KUALA LUMPUR, Jan 18 — Police have arrested a man on suspicion of sexually abusing his 15-year-old stepdaughter at their home in Batu 13, Jalan Puchong in Subang Jaya last Monday. According to the New Straits Times, Bukit Aman’s Sexual, Women and Child Investigation Division’s (D11) principal assistant director Assistant… Read More