Titah adendum Najib tak bangkit ketika mesyuarat, kata PM Posted on 10/12/2024 Bekas perdana menteri, Najib Razak mendakwa Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah mengeluarkan titah adendum untuk menjalani baki hukuman penjara dalam tahanan rumah. (Gambar Bernama) KUALA LUMPUR: Adendum tahanan rumah ke atas Najib Razak bagi menjalani baki hukuman penjara tidak dibangkitkan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan, pada 8 Dis 2023, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Anwar ketika memberitahu Dewan Rakyat, berkata permohonan pengampunan diraja Najib itu pada asalnya tidak berada dalam agenda mesyuarat. “Dia tidak termasuk dalam agenda. Tuanku Yang di-Pertuan Agong pada ketika itu tidak memasukkan agenda permohonan pengampunan Datuk Seri Najib dalam pertimbangan Lembaga Pengampunan. “Jadi untuk rekod, saya persembahkan kepada Tuanku, atas alasan semua rakyat atau banduan berhak membuat permohonan dan kerana kedudukan Datuk Seri Najib adalah munasabah kalau diberi pertimbangan,” katanya. Anwar menjawab soalan dibangkitkan Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) berkait penjelasan sama ada perintah adendum itu wujud. Pada 5 Dis lalu, bekas Ahli Parlimen Pekan itu memfailkan permohonan mengemukakan bukti baharu di Mahkamah Rayuan bagi membuktikan wujudnya perintah tambahan yang membenarkannya menjalani baki tempoh penjaranya di bawah tahanan rumah. Namun, tarikh pendengaran rayuan itu ditetapkan 6 Jan. Bekas presiden Umno itu bergantung kepada bukti baharu untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan prosiding semakan kehakiman agar kerajaan melaksanakan titah diraja yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah. Dokumen mahkamah dilihat FMT mendapati permohonan Najib itu termasuk afidavit ditandatangani anaknya, Nizar, yang juga exco Pahang. Anwar turut menekankan, penglibatannya juga terbatas dalam mesyuarat pada 8 Dis tahun lalu. “Pada masa itu, dalam mesyuarat yang saya hadir, tiada langsung bangkit isu kandungan adendum yang dimaksudkan itu. Pada 29 Jan berikutnya, itu memang dihadiri oleh menteri yang bertanggungjawab, iaitu Wilayah Persekutuan dan saya tidak lagi hadir,” katanya. Pada 2 Feb, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan mengumumkan hukuman penjara Najib dalam kes SRC International dikurangkan kepada enam tahun berbanding 12 tahun, dan denda dikurangkan kepada RM50 juta berbanding RM210 juta. Najib sedang menjalani hukuman pemenjaraan di Penjara Kajang. News
Dr Mahathir bristles over seeing ‘big Chinese characters’ all over KL Posted on 19/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 18 — Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad today complained of authorities’ inaction against businesses putting up signs in foreign languages instead of Malay. He said he observed this during a visit to the city during weekends, especially to its newer shopping malls. While he said… Read More
Liew calls for push on EVs to cut petrol usage Posted on 09/11/2024 Liew Chin Tong, the deputy minister for investment, trade and industry, taking a look at a newly-assembled Chery car at the assembly plant in Kulim today. (Facebook pic) PETALING JAYA: A deputy minister has called for a big push on the use of electric vehicles (EVs) to cut petrol usage… Read More
CM: Unreliable water supply, pricey land, traffic jams hurting Penang’s pull with investors Posted on 22/11/2024 GEORGE TOWN, Nov 22 — Irregular supply and low water pressure for industrial use in Penang could have affected investors’ confidence, Chief Minister Chow Kon Yeow tod the state legislative assembly today. He said land scarcity and higher industrial land price in the state were also challenges that the state… Read More