‘Tumbuk’ di DUN, Adun Warisan mohon maaf kepada Adun Kunak Posted on 24/11/2024 Rakaman video menunjukkan Sarifuddin Hata mendekati Adun Kunak Norazlinah Arif lalu menumbuk bahu, dalam insiden di bangunan DUN Sabah. PETALING JAYA: Adun Merotai dari Warisan, Sarifuddin Hata, memohon maaf kepada Adun Kunak Norazlinah Arif kerana “menumbuk” bahunya, dalam kejadian di DUN Sabah, pada Rabu. Norazlinah, yang kini menyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengumumkan keluar Warisan, pada Februari tahun lalu, terdahulu membuat laporan polis berkait insiden ditumbuk Sarifuddin. Katanya, Adun itu menumbuk di bahagian bahu kanan, ketika beliau dalam perjalanan meninggalkan bangunan DUN, sambil menggambarkan tumbukan berkenaan menyebabkan badannya berpusing. Kesan tumbukan itu mengakibatkan lengannya mengalami kesakitan. Susulan itu, Sarifuddin dalam komen di Facebook memohon maaf kepada Norazlinah, dengan menyatakan melakukan “gurauan mungkin kasar” dengan “tepuk” di bahu, sambil menambah “tiada niat menyakiti”. Katanya, selepas insiden itu, beliau terburu-buru berlari untuk bertemu wartawan. “Harap maafkan saya,” katanya. Norazlinah dalam catatan Facebook, berkata beliau dan suami memaafkan. “Moga budaya gurauan kasar dan tidak menjaga adab sesama bukan muhrim tidak menjadi amalan kita. Mari kita jadikan insiden ini sebagai iktibar.” News
Coming soon: Real-time app showing which PPS is still available for flood evacuees, says DPM Zahid Posted on 06/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 6 — Malaysians forced to abandon their disaster-hit home will soon have an easier time finding a temporary relief centre (PPS) to shelter at, instead of hunting down the ones with spaces available one by one. Deputy Prime Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi said the government… Read More
Syrian opposition leader says Lebanon truce opened door to Aleppo assault Posted on 03/12/2024 Syrian opposition fighters seized an abandoned Syrian army armoured vehicle on a highway in the outskirts of Aleppo. (AP pic) ISTANBUL: Syrian rebel fighters began preparations to seize Aleppo a year ago but the operation was delayed by war in Gaza and ultimately launched last week when a ceasefire took… Read More
Petronas pumps RM7.5b into Pengerang complex for solar energy project, bio-refinery development, says Johor MB Posted on 15/11/2024 JOHOR BARU, Nov 14 — Petroliam Nasional Bhd has made new investments totalling RM7.5 billion at the Pengerang Integrated Complex (PIC) near Kota Tinggi. Johor Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi said that the investment includes a 40-megawatt solar energy project, a collaboration between Petronas Chemicals Group Bhd (PCG) and… Read More