UiTM nafi paksa pelajar bukan Muslim ikuti kem agama Islam Posted on 14/01/2025 UiTM akan mengkaji semula penganjuran program yang dilaksanakan kelak, susulan dakwaan pelajar bukan Islam dipaksa menghadiri program berunsur keagamaan Islam. PETALING JAYA: Universiti Teknologi Mara (UiTM) menafikan memaksa pelajar bukan Islam menghadiri acara keagamaan Islam menerusi ‘Kem Jati Diri dan Kerohanian’ diadakan pada 11 Jan lalu. Dalam kenyataan, UiTM memaklumkan program itu adalah sebahagian silibus kursus kokurikulum Kesatria Negara dan Kesatria Kembara dirancang untuk membentuk mahasiswa seimbang dari segi sahsiah, intelek, dan spiritual. Katanya, program itu merangkumi elemen seperti disiplin, patriotisme, pertolongan cemas, rekreasi, dan nilai kerohanian bagi pelajar Islam, manakala pelajar bukan Islam didedahkan kepada ceramah yang sesuai dengan keperluan mereka. “Mahasiswa Muslim mengikuti ceramah pengurusan jenazah di ruang utama Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin di UiTM Shah Alam, manakala yang bukan Muslim pula menghadiri ceramah etika sosial yang berlangsung selama dua jam di Dewan Muktamar,” katanya. “Ceramah etika sosial itu bertujuan memberi pemahaman tentang nilai etika dalam kehidupan bermasyarakat, termasuk di rumah, tempat kerja dan ruang awam. Selepas sesi ceramah tamat, mahasiswa bukan Muslim menikmati minum petang sebelum dibenarkan pulang.” Terdahulu, tular poster mengenai acara dua hari itu yang menghendaki semua pelajar bukan Islam dan 10 pelajar Islam dari setiap kelas di UiTM Shah Alam menghadiri Kem Jati Diri dan Kerohanian siri ke-20 di sebuah masjid. Menurut UiTM lagi, penggunaan lokasi berhampiran seperti masjid dan Dewan Muktamar untuk mempermudah pengurusan, menjimatkan masa dan sumber logistik, serta memastikan peserta dapat mengikuti kegiatan secara teratur tanpa gangguan. Dalam pada itu, UiTM memaklumkan, pihaknya akan mengkaji semula penganjuran program yang dilaksanakan kelak, membabitkan penelitian dalam penyampaian maklumat dan bahan promosi bagi mengelakkan salah faham, serta memastikan pelaksanaannya lebih efisien pada masa akan datang. “UiTM menegaskan bahawa program Kem Jati Diri dan Kerohanian dijalankan dengan menghormati sensitiviti agama dan budaya semua peserta,” katanya. “UiTM kekal komited memastikan aktiviti kokurikulum memenuhi prinsip inklusiviti dan profesionalisme, serta menyumbang kepada pembangunan mahasiswa yang berdaya saing dan berintegriti tinggi.” News
AI, pendigitalan, ekonomi hijau tawar pilihan kerjaya baharu Posted on 29/11/2024 Kajian Impak AI, Digital, dan Ekonomi Hijau terhadap Tenaga Kerja Malaysia beri tumpuan kepada 10 sektor utama yang menyumbang RM933 bilion atau 60% KDNK Malaysia pada 2023. PETALING JAYA: Dalam pada Malaysia melakukan peralihan kepada kecerdasan buatan (AI), pendigitalan dan ekonomi hijau untuk kekal berdaya saing dan mampan, ratusan ribu… Read More
DNB given 1 week to submit revised business plan Posted on 06/12/2024 Prime Minister Anwar Ibrahim has expressed frustration over delays in the MyDigital ID project and the second 5G network rollout. (Bernama pic) PUTRAJAYA: Prime Minister Anwar Ibrahim has instructed Digital Nasional Berhad (DNB) to submit a new and updated business plan to the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) by… Read More
Bangi MP calls for moratorium on satire investigations under Act 588 following Fahmi Reza probe Posted on 20/12/2024 BANGI, Dec 20 — Bangi MP Syahredzan Johan has called for a moratorium on investigations and prosecutions under Section 233(1) of the Communications and Multimedia Act 1998 (Act 588) concerning satire and parody works. This follows the recent police probe into graphic designer Fahmi Reza. Syahredzan emphasised the importance of… Read More