Video rasuah Adun mungkin bertujuan lemahkan kerajaan negeri, kata Hajiji Posted on 16/11/2024 By udot Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor berkata, beliau menyerahkan kepada pihak berwajib untuk menyiasat dakwaan Adun terlibat rasuah kerana ia ‘mempunyai motif-motif tertentu’. PETALING JAYA: Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor berkata, rakaman audio dan video menunjukkan Adun Sabah dikatakan terlibat dengan amalan rasuah disebarkan berkemungkinan bertujuan ‘melemahkan’ kerajaannya. Bercakap kepada pemberita selepas pembentangan belanjawan negeri 2025, Hajiji menegaskan bahawa pentadbirannya kekal ‘kukuh’ walaupun dengan perkembangan skandal tersebut. Hajiji juga berkata, beliau tidak dapat memberikan komen tentang sebuah video yang dikeluarkan oleh sebuah portal berita hari ini membabitkan Timbalan Ketua Menteri Shahelmey Yahya, Adun Sabah keempat didakwa dilihat membincangkan rasuah dengan seorang ahli perniagaan. “Ini susah saya (mahu) komen. Saya serahkan kepada pihak yang berwajib untuk menyiasat hal ini kerana ini mempunyai motif-motif yang tertentu … itu saja saya boleh komen. “Kerajaan negeri hari ini kekal kukuh perpaduan dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan juga Pakatan Harapan (PH) Plus, ini cukup mantap. Jadi itulah kedudukannya. “Kita tunggulah siasatan pihak berwajib,” katanya di Kota Kinabalu, lapor Sabah Media. Terdahulu, sebuah portal berita dalam talian melaporkan telah menonton lapan video daripada pemberi maklumat yang menunjukkan perbincangan antara seorang ahli perniagaan dan Adun mengenai rasuah untuk lesen projek. Pemberi maklumat itu dilaporkan bersedia memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan jaminan dia tidak akan disiasat. Bagaimanapun, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata, pihaknya tidak boleh memberikan jaminan imuniti secara bertulis tanpa maklumat terperinci mengenai dakwaan kelakuan tidak wajar itu. Perdana Menteri Anwar Ibrahim juga dilaporkan berkata, pemberi maklumat tidak boleh mengharapkan perlindungan jika terlibat dengan rasuah. Hajiji sebelum ini berkata, beliau tiada perkara untuk disembunyikan berhubung kes membabitkan Adun tersebut, malah pihaknya akan membantu siasatan SPRM. News
Police foil theft hoax by three security guards who faked robbery report to steal RM200,000 in Alor Setar, cash recovered Posted on 21/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 21 — Police have detained three security guards from a security firm in Alor Setar for allegedly attempting to embezzle RM200,000 on Tuesday. Acting Kota Setar District Police Chief Superintendent Syed Basri Syed Ali said the suspects initially filed a false report, claiming their company van had… Read More
Chelsea and Arsenal draw 1-1 in tight London derby Posted on 11/11/2024 Arsenal’s Gabriel Jesus (left) tries to get past Chelsea’s Marc Cucurella during the match at Stamford Bridge. (AP pic) LONDON: Chelsea and Arsenal shared the spoils in a tense 1-1 battle at Stamford Bridge on Sunday, keeping the London sides level in the Premier League but still nine points adrift… Read More
Gombak trader loses over RM1.6m in non-existent online investment scam via WeChat app Posted on 12/11/2024 SHAH ALAM, Nov 11 — A trader in Gombak suffered losses of over RM1.6 million after he fell victim to a non-existent online investment scam. Selangor police chief Datuk Hussein Omar Khan said investigations revealed that the victim, 56, was duped by the suspect via the WeChat application. “The suspect… Read More