Video TMM 2026 wajar ambil kira elemen Islam, kata menteri agama Posted on 10/01/2025 Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Na’im Mokhtar menyambut baik komitmen Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk merombak semula video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026. (Gambar Bernama) PETALING JAYA: Komitmen Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) untuk merombak semula video promosi Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026 adalah wajar dan tepat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Na’im Mokhtar. Na’im berkata ia mengambil kira latar belakang semangat Perlembagaan yang meletakkan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan selain kemajmukan masyarakat di negara ini. “Selain itu, seperti mana semua sedia maklum, institusi masjid dan surau menjadi imej dan identiti tonggak kepada Malaysia,” katanya yang menyambut baik komitmen Menteri Motac Tiong King Sing. Semalam, Tiong berkata video promosi TMM 2026 akan dibuat semula dengan lebih terperinci bagi mempromosi setiap negeri, dan dijangka dapat disiarkan dalam tempoh seminggu. Beliau berkata Motac dan agensi yang berkaitan diminta menghasilkan video-video promosi, dan membahagikan promosi negeri mengikut zon, memandangkan beliau tidak berpuas hati dengan hasil akhir video yang ditunjukkan kepadanya. Sejak montaj TMM 2026 tersebar, Motac khususnya Tiong menerima kritikan pelbagai pihak yang menggesa video berkenaan ditarik semula kerana didakwa tiada elemen masjid dipaparkan sedangkan terdapat visual rumah ibadat lain seperti gereja dan kuil. Na’im menambah usaha memperkukuh dan memartabat syiar Islam menjadi keutamaan kerajaan, dan sedang giat dilaksanakan oleh kementeriannya melalui agenda Membangun Malaysia Madani dan Pelan Transformasi Al-Falah. “Semua pihak adalah diseru untuk bersama-sama mengambil inisiatif memperkukuh perpaduan demi menjayakan agenda memajukan negara,” katanya. News
SPRM sahkan bekas CEO Sabah Mineral dipanggil berkait kes rasuah Posted on 20/11/2024 Bekas ketua pegawai eksekutif Sabah Mineral Management Sdn Bhd Jontih Enggihon dipanggil untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan, kata Pengarah SPRM Sabah Karunanithy Subbiah. (Gambar PKINK) PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan memanggil bekas ketua pegawai eksekutif Sabah Mineral Management (SMM) Sdn Bhd Jontih Enggihon untuk membantu siasatan… Read More
Denmark reopens embassy in KL ahead of Malaysia’s chairmanship of Asean to deepen trade ties Posted on 12/12/2024 KUALA LUMPUR, Dec 12 — The reopening of the Danish Embassy in Malaysia marks a pivotal milestone in the bilateral relations between the two nations, especially as Malaysia gears up to chair ASEAN in 2025, said Denmark’s Minister of Foreign Affairs, Lars Løkke Rasmussen. Speaking to reporters at a reception… Read More
KL police arrest man for alleged cat abuse, separate suspect to face charges in OUG freezer murder tomorrow Posted on 25/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 25 — Police have arrested a man in Jalan Klang Lama here for allegedly abusing a cat by dragging it with a rope tied around its neck. Kuala Lumpur police chief Datuk Rusdi Mohd Isa said the 43-year-old suspect was arrested at his residence by a team… Read More