Wan Saiful gesa umum segera ‘exit strategy’ wakil U Mobile dalam DNB Posted on 22/11/2024 Pada 1 Nov lalu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia mengumumkan U Mobile yang dipengerusikan taikun Vincent Tan dipilih melaksanakan rangkaian 5G kedua negara. (Gambar U Mobile) PETALING JAYA: Seorang wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) meminta kerajaan mengumumkan segera ‘exit strategy’ wakil U Mobile Sdn Bhd (U Mobile) dalam Digital Nasional Bhd (DNB) susulan pemilihannya sebagai penyedia 5G kedua negara. Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan, mempersoalkan mengapa Putrajaya belum mengarahkan wakil syarikat itu melepaskan jawatan dalam syarikat tersebut sebagai ahli lembaga pengarah DNB. Beliau yang juga ketua portfolio komunikasi Ahli Parlimen PN berkata, langkah kerajaan menganugerahkan spektrum kepada U Mobile membuatkannya sebagai pesaing kepada DNB iaitu syarikat bawah Menteri Kewangan (Diperbadankan). “Apabila U Mobile ada wakil dalam lembaga pengarah DNB, adakah itu bermaksud kerajaan sengaja memberikan kelebihan yang tidak adil kepada U Mobile? Ini kerana wakil itu pasti ada akses kepada pelbagai maklumat sensitif mengenai operasi dan strategi DNB. “Kenapa pesaing dibiarkan mengumpul maklumat yang kemudian boleh digunakan untuk mengalahkan DNB?” katanya di Facebook. “Saya menuntut kerajaan segera mengumumkan ‘exit strategy’ bagi U Mobile dari DNB. Jangan teruskan ‘incompetence’ dengan membuat pengumuman tidak lengkap.” Pada 1 Nov lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mengumumkan U Mobile yang dipengerusikan taikun Vincent Tan dipilih melaksanakan rangkaian 5G kedua negara. SKMM menjelaskan pemilihannya dibuat atas beberapa faktor seperti rancangan perniagaan dan teknikal, rekod kadar aduan dan kepuasan pelanggan, serta prestasi mereka dalam melaksanakan inisiatif prasarana lain. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menjelaskan pemilihan U Mobile sebagai penyedia rangkaian 5G kedua negara muktamad dan tidak akan disemak semula walaupun berdepan kritikan. Beliau berkata, ini kerana pemilihan dibuat secara bebas oleh pasukan teknikal dan diputuskan sebulat suara bersama SKMM tanpa campur tangan kerajaan. News
Thousands of British farmers protest against ‘tractor tax’ on inheritance Posted on 20/11/2024 The National Farmers’ Union members attend a protest in London against the planned changes to tax rules. (AP pic) LONDON: Thousands of farmers protested at the Houses of Parliament in London on Tuesday, some driving tractors through the capital, to demand the scrapping of an inheritance tax that they say… Read More
King and Queen mourn passing of Johor Council of Royal Court secretary Posted on 17/11/2024 JOHOR BAHRU, Nov 16 — His Majesty, Sultan Ibrahim, the King of Malaysia and Her Majesty Raja Zarith Sofiah, the Queen of Malaysia expressed their condolences over the demise of Johor Council of Royal Court secretary and former Johor State Secretary Datuk Abdul Latiff Yusof. Information on his death was… Read More
Malaysia’s GDP grows 5.3% in Q3 2024 Posted on 15/11/2024 Bank Negara Malaysia said the growth in the third quarter was driven by stronger household spending, positive labour market conditions and government policy support. KUALA LUMPUR: Malaysia’s economy grew 5.3% in the third quarter of this year (Q3 2024) thanks to robust investment activities and a continued rise in exports…. Read More