Wanita PN yakin Muhyiddin bijak tangani gesaan PAS Posted on 20/12/2024 Mas Ermieyati Samsudin dalam sidang media selepas mesyuarat AJK Wanita Bersatu di ibu pejabat parti. PETALING JAYA: Ketua Wanita Perikatan Nasional Mas Ermieyati Samsudin yakin Muhyiddin Yassin mempunyai kaedah terbaik untuk menangani cadangan sekutunya PAS supaya rundingan semula diadakan bagi jawatan ahli jawatankuasa (AJK) gabungan. Katanya, Muhyiddin selaku pengerusi PN mempunyai kebijaksanaan dalam membuat keputusan. “Ada kaedah yang terbaik. Saya yakin dan percaya kewibawaan, kebijaksanaan pengerusi dan kepimpinan tertinggi,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat AJK Wanita Bersatu di ibu pejabat parti. Sebelum ini, Mursyidul Am PAS Hashim Jasin gesa diadakan rundingan semula dengan mempertimbangkan kekuatan parti perlu dijadikan pertimbangan utama dalam menentukan pelantikan barisan kepimpinan PN. Mengakui kuasa itu bawah Muhyiddin, Hashim berkata setiap keputusan dibuat perlu secara ‘bertimbang rasa’ dan ambil kira kedudukan rakan komponen. Isu agihan jawatan tertinggi PN kembali diperkatakan apabila Naib Presiden PAS Ahmad Samsuri Mokhtar meletakkan jawatan bendahari agung komponen itu. Keputusan itu dibuat beberapa hari selepas PN mengesahkan pelantikan Azmin Ali sebagai setiausaha agung selain beberapa pemimpin Bersatu yang lain. Turut diumumkan Timbalan Presiden Bersatu Hamzah Zainudin sebagai timbalan pengerusi PN, Naib Presiden Ahmad Faizal Azumu (ketua penerangan PN) manakala Mas Ermieyati mengetuai sayap Wanita komponen terbabit. Dua lagi Naib Presiden Ronald Kiandee dan Radzi Jidin dilantik anggota Majlis Tertinggi PN. Sementara itu, Mas Ermieyati yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah berkata hubungan antara PAS dan Bersatu dalam keadaan baik walaupun berdepan isu berkenaan. Malah katanya, beliau turut menghubungi Ketua Wanita PAS Nuridah Mohd Salleh bagi mengatur pertemuan bagi membincangkan hala tuju sayap gabungan dalam PN. “Jadi saya menolaklah kalau kata PAS dan Bersatu (ada masalah)….apa pun, saya serah pucuk pimpinan. Bagi saya pelantikan saya sebagai ketua Wanita PN untuk menjadikan Wanita PN satu gerakan yang boleh memantapkan lagi PN terutama nak berhadapan PRK,” katanya. News
No change to prices of RON97, RON95, diesel Posted on 14/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 13 — The retail prices for RON97 and RON95 petrol will remain unchanged, at RM3.19 and RM2.05 per litre respectively from November 14 to 20. The Ministry of Finance, in a statement today, said that the retail price of diesel in Peninsular Malaysia also remained at RM2.95… Read More
Housing Minister Nga:13 hours of continuous rain causes flash floods in Ipoh’s Arena Kepayang Putra Posted on 04/12/2024 IPOH, Dec 3 — Unusually heavy rain that continued for more than 13 hours with rainfall reaching 92.5 millimetres (mm) per hour at the Ulu Kinta Dam was the cause of the flash floods at Arena Kepayang Putra, Fair Park here, on December 1. Housing and Local Government Minister Nga… Read More
For the good of the people: Senator calls on govt to take bold, fearless steps in implementing national health insurance scheme Posted on 10/12/2024 KUALA LUMPUR, Dec 9 — The government has been urged to act boldly and without fear of political threats to implement the national health insurance scheme, for the good of the people as a whole. Senator Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli said that the scheme, if established, could help… Read More