Warganet selar exco Kelantan cadang banjir jadi produk pelancongan Posted on 29/11/2024 Dilaporkan petang ini bahawa lebih 51,000 orang terpaksa berpindah dari rumah mereka akibat banjir di pantai barat Semenanjung. (Gambar Bernama) PETALING JAYA: Pengguna media sosial menyelar rancangan kerajaan Kelantan menjadikan musim tengkujuh, yang mengakibatkan banjir saban tahun, sebagai produk pelancongan, menyifatkan cadangan sedemikian sebagai tidak sensitif dan ‘bodoh’. Awal hari ini, Astro Awani melaporkan Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Kelantan Kamarudin Md Noor sebagai berkata, kerajaan negeri sedang mengkaji langkah mempromosikan kegiatan seperti luncur air dan makanan tradisi musim tengkujuh untuk menarik pelancong. Kamarudin berkata, usaha itu dicadangkan memandangkan Kelantan ‘sepi’ tanpa kehadiran pelancong pada musim itu. Pengguna media sosial, terutamanya di X, kebanyakannya mengutuk cadangan itu, antaranya mengingatkan exco itu bahawa banyak nyawa terkorban akibat banjir. Seorang pengguna X, @ZacZakirin13 menyifatkan kenyataan Kamarudin sebagai ‘bodoh’. “Tak sensitif langsung, setiap tahun banjir, mesti kita akan terbaca (kisah) insan tidak berdosa meninggal dunia akibat banjir,” katanya. “(Exco) ini boleh terfikir nak buat aktiviti pelancongan (ketika musim tengkujuh). Memang ‘out of touch’!” Seorang lagi pengguna X, @XavierNaxa berkata, sebagai rakyat Kelantan, beliau ‘malu dengan pemikiran sebegini’. “Kami rakyat Kelantan sedang berdepan musibah besar, peliknya mereka seolah-olah mahu meraikannya “Kalau bodoh boleh gilap jadi berlian, rasanya mereka dah boleh jadi jutawan,” katanya. Sementara itu, @eKharus bertanya bagaimana pemimpin sebegini boleh diundi pada pilihan raya. Dilaporkan petang ini bahawa lebih 51,000 orang terpaksa berpindah dari rumah mereka akibat banjir di pantai barat Semenanjung. Di Kelantan, negeri paling teruk terjejas, 42,048 mangsa ditempatkan di 189 pusat pemindahan sementara (PPS) di 10 daerah. News
‘Nobody can reverse’ US progress on clean energy, says Biden Posted on 18/11/2024 President Joe Biden poses after signing a proclamation designating Nov 17 as International Conservation Day during a visit to the Amazon in Brazil. (AP pic) MANAUS: US president Joe Biden on Sunday touted his administration’s “clean energy revolution” during a visit to the Amazon in Brazil adding, in reference to president-elect… Read More
Kerajaan tak cermat tandatangan kontrak sistem pekerja asing dengan Bestinet, kata PAC Posted on 21/11/2024 PAC akan mengadakan prosiding pada 10 Dis berhubung kontrak kerajaan dengan Bestinet untuk menyediakan sistem IT pengambilan pekerja asing. PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berkata tindakan kerajaan menandatangani kontrak Sistem Pengurusan Bersepadu Pekerja Asing (FWCMS) dengan Bestinet Sdn Bhd pada September lalu sebagai langkah kurang cermat. Pengerusi Mas… Read More
SPRM sahkan bekas CEO Sabah Mineral dipanggil berkait kes rasuah Posted on 20/11/2024 Bekas ketua pegawai eksekutif Sabah Mineral Management Sdn Bhd Jontih Enggihon dipanggil untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan, kata Pengarah SPRM Sabah Karunanithy Subbiah. (Gambar PKINK) PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan memanggil bekas ketua pegawai eksekutif Sabah Mineral Management (SMM) Sdn Bhd Jontih Enggihon untuk membantu siasatan… Read More