WCE Banting-Gelang Patah dijangka pacu perubahan kawasan sepanjang laluan Posted on 10/11/2024 Perdana menteri bulan lepas mengumumkan WCE Banting-Gelang Patah yang mengguna pakai pendekatan Kerjasama Awam-Swasta akan diberi keutamaan tahun depan. (Gambar Bernama) PONTIAN: Pembinaan Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) jajaran Banting ke Gelang Patah dijangka memacu perubahan pembangunan kawasan terlibat. Timbalan Menteri Kerja Raya Ahmad Maslan berkata, pembinaan WCE di jajaran itu antaranya dapat memberikan manfaat pelebaran dan penambahbaikan jalan raya di kawasan terlibat. “WCE akan disambung ke Selatan dan melalui daerah seperti Batu Pahat, Tanjung Piai (Pontian) sampai ke Gelang Patah. “Apabila melalui kawasan berkenaan, seperti Pontian, mungkin jalan raya di daerah itu suatu ketika nanti akan menjadi kepada empat lorong,” katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana meluluskan projek itu. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Malaysia Iconic Rally Championship 2024 semalam, lapor Bernama. Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook sebelum ini dilaporkan berkata, WCE akan menjadi laluan alternatif bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas yang sering dihadapi pengguna di Lebuh Raya Utara Selatan. Katanya, selain menyuraikan kesesakan lalu lintas, projek dalam perancangan itu juga memberi kesan positif dalam memacu kemajuan di kawasan sepanjang laluan, sekali gus menyumbang kepada ekonomi setempat. Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan 2025 pada 18 Okt lepas mengumumkan WCE Banting-Gelang Patah yang mengguna pakai pendekatan Kerjasama Awam-Swasta akan diberi keutamaan tahun depan. Ketika ini, satu-satunya lebuh raya yang menghubungkan Johor ke Lembah Klang bagi pengangkutan darat seperti lori, bas, kereta dan motosikal ialah Lebuh Raya Utara Selatan, yang dibuka pada 1994. News
DPM Fadillah pays condolence visit to Daim’s family, says contributed greatly to Malaysia’s economic recovery in 1980s-1990s Posted on 13/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 13 — Former Finance Minister Tun Daim Zainuddin, who died this morning, played a pivotal role in shaping Malaysia’s economic landscape during the 1980s and 1990s, Deputy Prime Minister Datuk Seri Fadillah Yusof said. He said Daim’s wisdom was instrumental in stabilising the nation’s economy. “The late… Read More
Gerik police fire shot at tyre during early morning high-speed pursuit of cable thieves Posted on 12/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 12 — Police in Perak fired a shot at the right tyre of a car this morning, driven by a suspect involved in the theft of Telekom Malaysia (TM) cables, after the driver attempted to ram a police vehicle. Gerik District Police Chief, Superintendent Zulkifli Mahmood, confirmed… Read More
Rancangan perniagaan, rekod kadar aduan antara faktor U Mobile dipilih Posted on 06/11/2024 Mengenai pegangan saham asing semasa yang dimiliki U Mobile, SKMM kata menjadi tanggungjawab pemegang lesen untuk memaklumkan sekiranya terdapat sebarang perubahan. PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjelaskan pemilihan U Mobile Sdn Bhd sebagai penyedia rangkaian 5G kedua di Malaysia dibuat berdasarkan beberapa faktor dan melalui proses saringan… Read More