Zahid mahu KPM kembalikan nama SJKC Tun Omar Ong Yoke Lin Posted on 07/12/2024 Zahid Hamidi pada sambutan Ulang Tahun BN ke-50 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur. (Gambar Bernama) KUALA LUMPUR: Zahid Hamidi menggesa Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengembalikan nama asal Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Tun Omar Ong Yoke Lin yang ditukarkan kepada SJKC Gamuda Cove. Timbalan perdana menteri yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata beliau akan membawa perkara itu kepada Kabinet. “Saya amat bersetuju apa dilontarkan Wee (Ka Siong) kerana pandangan MCA mahu SJKC Tun Omar Ong Yoke Lin untuk dikembalikan, (saya) setuju, ini bukan soal perkauman,” katanya pada sambutan Ulang Tahun BN ke-50 di Pusat Dagangan Dunia (WTC). Terdahulu, presiden MCA itu berkata nama pengasas MCA, Omar diluluskan oleh bekas menteri pendidikan Mahdzir Khalid pada 26 Okt 2017 bagi nama asal sekolah berkenaan namun digugurkan ketika majlis pecah tanah untuk pembinaan SJKC Gamuda Cove, 4 Dis lalu. Wee dalam ucapannya berkata, Omar adalah pengasas MCA dan tokoh yang memperjuangkan kemerdekaan, malah beliau juga menteri dalam Kabinet perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman. Beliau memeluk Islam pada 1961. “Tak layakkah Tun Omar Ong Yoke Lin diberi pengiktirafan oleh negara? Keputusan ini telah pun dimaklumkan kepada balu (beliau) iaitu Toh Puan Aishah Ong pada tujuh tahun lalu. “Media juga telah melaporkan keputusan KPM pada 2017 tersebut. Di mana keadilan sejagat buat pemimpin BN Tun Ong Yoke Lin,” soal Wee. News
Ops Mega Pedo: Cops nab six men in Johor with child sexual abuse materials Posted on 25/12/2024 JOHOR BARU, Dec 25 — Six men suspected of being involved in paedophilia have been arrested in Johor under under the secret operation named Ops Mega Pedo yesterday. The sting, led by Bukit Aman’s Sexual, Women, and Child Investigation Division, in collaboration with the Malaysian Communications and Multimedia Commission, focused… Read More
Kuala Lumpur KTV raid exposes RM5,000 GRO tips and illegal drugs, 123 arrested Posted on 04/01/2025 KUALA LUMPUR, Jan 4 — A two-storey luxury entertainment centre, housing a nightclub and KTV karaoke lounge on Jalan Sultan Ismail in Kuala Lumpur, was raided yesterday following a month-long investigation. Sinar Harian reported today that the operation, led by the Kuala Lumpur Immigration Department with support from its Melaka… Read More
Police seek leads after 11 cars vandalised with windows smashed, batteries stolen in Lahad Datu Posted on 09/11/2024 LAHAD DATU, Nov 9 — The police are investigating incidents involving the breaking of car windows and battery theft involving 11 cars in Kampung Desa Bajau, Jalan Tengah Nipah here on Thursday. Lahad Datu district police chief ACP Dzulbaharin Ismail said the police had received nine reports this morning regarding… Read More