1 maut tembakan di kampus universiti AS Posted on 11/11/2024 By udot Tangkap layar daripada video menunjukkan pihak berkuasa sedang menyiasat di lokasi tembakan di Universiti Tuskegee pada Ahad. (Gambar fail) HOUSTON: Seorang terbunuh, manakala 16 lagi termasuk pelajar cedera dalam tembakan di kampus Universiti Tuskegee, Alabama, Amerika Syarikat pada awal pagi Ahad, lapor Xinhua. Seorang remaja 18 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, sementara 12 lagi cedera akibat terkena tembakan, menurut Biro Penyiasatan Negeri, Agensi Penguatkuasaan Undang-undang Alabama. Universiti Tuskegee dalam kenyataan memaklumkan mangsa maut bukan pelajar universiti itu. “Mangsa lain termasuk pelajar Universiti Tuskegee mengalami kecederaan dan sedang dirawat di Pusat Perubatan East Alabama di Opelika serta Hospital Baptist South di Montgomery,” menurut kenyataan itu. Insiden berlaku ketika Universiti Tuskegee sedang meraikan “Homecoming” ke-100 Sabtu lalu, semasa perlawanan bola sepak antara Tuskegee dan Miles College dari Alabama. “Kami percaya terdapat dua penembak, mungkin lebih,” kata seorang pegawai melalui radio yang disiarkan Broadcastify. Bagaimanapun, tiada tangkapan dibuat setakat petang Ahad, menurut kenyataan Agensi Penguatkuasaan Undang-undang Alabama. “Saya mohon semua hadirin menyertai saya bertafakur sejenak untuk mengenang jiwa terkorban serta mengingati keluarga dan sahabat yang sedang berduka,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Universiti Tuskegee, Mark Brown sambil meluahkan kebimbangan terhadap keselamatan pelajar dan stafnya. Insiden tragis itu kes tembakan terbaru di kampus universiti semasa acara “homecoming” di selatan AS. Pada 19 Okt lalu, insiden tembakan selepas perlawanan “homecoming” di Universiti Negeri Albany, Georgia, mengorbankan satu nyawa dan beberapa lagi cedera. Di Lexington, Mississippi, acara “homecoming” turut bertukar ganas apabila tiga terbunuh, manakala lapan lagi cedera ditembak. Pada 12 Okt lalu, tembakan dekat Universiti Negeri Tennessee di Nashville mengorbankan seorang lelaki dan mencederakan sembilan yang lain. News
Daim couldn’t live his final days in peace, laments heartbroken Dr M Posted on 13/11/2024 Daim Zainuddin (left) served as finance minister twice under Dr Mahathir Mohamad. (Bernama pic) PETALING JAYA: Former prime minister Dr Mahathir Mohamad has expressed deep sadness over the death of his good friend Daim Zainuddin, lamenting that he could not live his final days in peace because of accusations of… Read More
Selangor Sultan frets over rise in drug abuse, especially among Malays Posted on 18/11/2024 SHAH ALAM, Nov 18 — The Sultan of Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah expressed concern over the worsening menace of drug addiction among the community. According to a post on Selangor Royal Office’s Facebook, the Sultan revealed the matter following the disclosure of statistics of drug abusers and addicts in… Read More
Malaysians visiting Thailand beware: Even two ‘pill kuda’ will get you arrested for suspected drug dealing Posted on 19/11/2024 BANGKOK, Nov 19 — Malaysians, be very careful about what you bring into Thailand as according to their laws even two ‘yaba’ or known locally as pil kuda could have you arrested for suspicion of drug dealing. Kosmo Online reported Sungai Golok District Police Chief, Colonel Jadsadavit Inprapan saying authorities… Read More