13 didakwa culik lelaki Palestin dibenar ikat jamin RM50,000 Posted on 28/11/2024 Semua 13 tertuduh didakwa menculik lelaki Palestin pada 28 Sept 2022 bagi mendapatkan rahsia maklumat membuat dan menyahaktif perisian komputer yang digunakan bagi menggodam telefon bimbit. (Gambar Bernama) KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan ikat jamin terhadap 13 tertuduh yang didakwa menculik seorang lelaki Palestin pada 28 Sept 2022 selepas mereka ditahan di penjara selama dua tahun bagi menunggu perbicaraan. Semua tertuduh itu adalah Edy Koim Said, Norakmal Hassan, Dody Junaidi, Tengku Arif Bongsu Tengku Hamid, Naziree Mustapha, Faizull Hardrey Isa, Iqmal Abdul Rahis, Sufian Saly, Al-Hatim Fauzi, Raibafie Amdan, Zaidi Zain, Tengku Hazarul Ismail Tengku Hamid dan Nidarahayu Zainal. Hakim K Muniandy membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM50,000 dengan dua penjamin. Beliau juga mengarahkan mereka untuk menyerahkan pasport kepada mahkamah sementara menunggu kes itu selesai. “Tertuduh juga perlu melaporkan diri ke balai polis berhampiran pada setiap bulan dan tidak dibenarkan membuat sebarang komen mengenai kes ini,” katanya. Mahkamah juga mengarahkan pihak berkuasa mengenakan sekatan perjalanan terhadap mereka. Dalam membenarkan jaminan itu, Muniandy berkata semua 13 tertuduh dianggap tidak bersalah terhadap tuduhan tersebut sehingga dibuktikan. “Keadaan ini membenarkan mereka diberi jaminan. Selain itu, banyak masa diambil untuk melengkapkan perbicaraan,” katanya yang menambah semua tertuduh sudah ditahan selama dua tahun di Penjara Sungai Buloh. Mahkamah juga menetapkan 23 Jan 2025 untuk pengurusan kes seterusnya. Perbicaraan dijadual bermula pada Julai tahun depan. Semua tertuduh didakwa secara niat bersama menahan Omar ZM Albelbaisy Raeda untuk mendapat ganjaran iaitu rahsia maklumat membuat dan menyahaktif perisian komputer yang digunakan bagi menggodam telefon bimbit. Mereka didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang boleh dijatuhi hukuman penjara tidak kurang 30 tahun sehingga maksimum 40 tahun dengan sebatan jika sabit dengan kesalahan. Semua tertuduh diwakili peguam Kelvinder Singh, Adi Zulkarnian Zulkafli, Goh Cia Yee, Amin Abdullah, dan Wan Ariff Ameer Wan Normazlan. Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Badius Zaman Ahmad. News
PM Anwar’s global outreach boosts Malaysia’s diplomatic and economic positioning Posted on 23/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 23 — Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s recent diplomatic engagements in Egypt, Brazil and other global platforms have positioned Malaysia as a key player in balancing ties between the Global South and Western powers, Universiti Malaya (UM) Security and International Relations analyst Collins Chong Yew Keat… Read More
Anwar extends Asean Summit 2025 invitation to China’s Xi Jinping and Li Qiang Posted on 08/11/2024 PUTRAJAYA, Nov 8 — As Malaysia prepares to chair the Asean Summit next year, Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim extended invitations to China’s Prime Minister Li Qiang and President Xi Jinping during his official visit earlier this week. Government spokesman Fahmi Fadzil highlighted that this reflects Malaysia’s strength as… Read More
Kanak-kanak dibawa masuk dari Singapura diselamatkan di Kuantan Posted on 27/11/2024 Ketua Polis Johor M Kumar mengumumkan kejayaan polis selamatkan seorang kanak-kanak yang dipercayai dilarikan, hasil risikan dan maklumat orang awam. (Gambar Bernama) PETALING JAYA: Seorang kanak-kanak warga China dipercayai dilarikan oleh individu yang tidak dikenalpasti telah diselamatkan polis di Kuantan, Pahang dalam tempoh kurang dari 24 jam selepas laporan dibuat…. Read More