5 sekeluarga termasuk bayi maut nahas Posted on 12/01/2025 Pemangku Pengarah Bomba Pahang, Wan Ahmad Fadillah Wan Abdul Rahman, berkata kenderaan dinaiki mangsa bertembung dengan MPV. (Gambar JBPM) KUANTAN: Lima sekeluarga maut termasuk seorang bayi selepas kereta dinaiki bertembung sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Nenasi-Rompin, berhampiran Kampung Sembayan, Nenasi, Pekan, malam ini. Pemangku Pengarah Bomba Pahang, Wan Ahmad Fadillah Wan Abdul Rahman, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 7.15 malam dan 23 anggota dari Balai Bomba Nenasi serta Kuala Rompin digegaskan ke lokasi kejadian. “Kemalangan berlaku ketika sebuah kereta Proton Wira Aeroback dinaiki keluarga itu dalam perjalanan dari Rompin ke Nenasi, manakala MPV Nissan Grand Livina bergerak dari Nenasi ke Rompin. “Akibat kemalangan itu, kereta Proton Wira Aeroback yang dinaiki oleh lima mangsa iaitu lelaki dan wanita dewasa serta masing-masing kanak-kanak lelaki dan perempuan serta seorang bayi maut di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan. Beliau berkata, dua lagi mangsa menaiki Nissan Grand Livina mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Rompin untuk mendapatkan rawatan, manakala mangsa maut akan dibawa ke Hospital Pekan untuk proses bedah siasat. Beliau berkata, identiti semua mangsa masih dalam siasatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. News
Dr M draws flak over photos of signboards in Chinese Posted on 20/11/2024 Yesterday, Dr Mahathir Mohamad questioned if Malaysia had become part of China after seeing several shops at Pavilion Bukit Jalil with large Chinese characters. (X pic) PETALING JAYA: Former prime minister Dr Mahathir Mohamad has drawn flak from netizens over his criticism of signboards with large Chinese characters and English… Read More
Israel records 250 launches from Lebanon as Hezbollah targets Tel Aviv Posted on 25/11/2024 Israeli police bomb squad inspects the site after a missile fired from Lebanon hit the area in Petah Tikva, outskirts of Tel Aviv. (AP pic) JERUSALEM: Israel’s military said Hezbollah fired around 250 projectiles into its territory from Lebanon on Sunday, with the militants saying their attacks targeted the Tel Aviv… Read More
Leicester City sack manager Cooper after winless run Posted on 25/11/2024 Steve Cooper is the second Premier League manager to be sacked this season, after Manchester United parted ways with Erik ten Hag. (AP pic) LEICESTER: Leicester City have sacked manager Steve Cooper following a poor run of form, the Premier League club announced on Sunday after a winless run left… Read More