Diskriminasi tunai solat Jumaat, exco Johor seru pekerja buat laporan Posted on 26/11/2024 Bermula 1 Jan 2025, kerajaan Johor menetapkan tempoh waktu rehat pada Jumaat bagi sektor awam dan swasta dipanjangkan kepada dua jam. (Gambar Bernama) ISKANDAR PUTERI: Pekerja beragama Islam berdepan isu diskriminasi menunaikan kewajipan solat Jumaat bermula 1 Jan depan diminta membuat aduan berhubung kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Negeri Johor. Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid, berkata justeru itu, majikan ingkar dengan tidak memberi waktu rehat mencukupi pada setiap Jumaat, boleh dikenakan tindakan. “Sesiapa yang tidak membenarkan pekerja menunaikan solat Jumaat atau waktu solat pada waktu kerja mereka disusahkan, maka pekerja boleh mengadu perkara itu kepada JTK di bawah Akta Pekerja kerana diskriminasi dan majikan terlibat akan diambil tindakan,” katanya. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Abdul Aziz Talib (PN-Maharani) mengenai kesediaan kerajaan negeri memudahkan pelaksanaan solat Jumaat bermula 1 Jan 2025 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar. Pada 7 Okt, Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail bertitah penyelarasan semula cuti hujung minggu kepada Sabtu dan Ahad bermula 1 Jan 2025 di Johor mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan pandangan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ). Tunku Mahkota Ismail turut bertitah, agar semua syarikat swasta, pihak kerajaan, dan pihak berkaitan memberikan ruang dan masa mencukupi untuk pekerja Muslim menunaikan solat Jumaat. Khamis lalu, Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi ketika membentangkan Belanjawan Johor 2025 memaklumkan kerajaan negeri menetapkan tempoh waktu rehat hari Jumaat bagi sektor awam dan swasta dipanjangkan kepada dua jam, bermula 1 Jan tahun depan berbanding hanya satu jam 30 minit ketika ini. Sementara itu, Fared yang juga Adun Negeri Semerah, berkata sejumlah 26 sekolah di negeri ini melibatkan 15 sekolah di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) dan 11 sekolah di bawah JAINJ dikesan berdepan kesukaran untuk melaksanakan solat Jumaat pada hari persekolahan. “Sekolah ini telah memohon kebenaran Jabatan Mufti Johor agar surau mereka atau surau kariah berhampiran dinaik taraf menjadi Surau Jumaat. Sebagai langkah penyelesaian, Jabatan Mufti Johor juga telah mengeluarkan Garis Panduan Pelaksanaan Solat Jumaat di Sekolah-sekolah. “Ia melibatkan sekolah yang jaraknya melebihi radius tiga kilometer dari kawasan masjid, jumlah murid, dan guru Islam yang ramai dan sekolah tidak mempunyai penempatan penduduk serta kemudahan menunaikan solat Jumaat di kawasan sekitar,” katanya. Sebelum ini, Onn Hafiz dilaporkan berkata bagi memastikan pelajar lelaki beragama Islam dapat menunaikan solat Jumaat, maka JPNJ dan JAINJ bersama Jabatan Mufti Johor akan menambah bilangan surau termasuk dewan di sekolah bagi pelaksanaan solat Jumaat. News
Leicester City sack manager Cooper after winless run Posted on 25/11/2024 Steve Cooper is the second Premier League manager to be sacked this season, after Manchester United parted ways with Erik ten Hag. (AP pic) LEICESTER: Leicester City have sacked manager Steve Cooper following a poor run of form, the Premier League club announced on Sunday after a winless run left… Read More
Missing Maran teen believed to be in a northern state Posted on 12/11/2024 Ummul Ayuni Atiqah Khamis is of medium build, with a mole on her left cheek, and is about 150cm tall. PETALING JAYA: Pahang police have confirmed that Ummul Ayuni Atiqah Khamis, who is missing from her home in Maran, is in one of the northern states in Peninsular Malaysia. Berita… Read More
Zelensky says Scholz-Putin phone call opens ‘Pandora’s box’ Posted on 16/11/2024 Ukraine’s president Volodymyr Zelensky says Russia is not prepared to end the war in good faith. (AP pic) KYIV: Ukraine’s president Volodymyr Zelensky said the German chancellor’s phone call with Russia’s leader on Friday opened a “Pandora’s box” that undermined efforts to isolate Vladimir Putin and end the war in… Read More