Peguam mengaku tak salah serah perintah perlindungan palsu kepada anak guam Posted on 28/11/2024 Adly Zulfadhly Zulkefly tiba di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini. (Gambar Bernama) KUALA LUMPUR: Seorang peguam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan menyerahkan dokumen perintah perlindungan palsu kepada anak guamnya tahun lepas. Pengakuan Adly Zulfadhly Zulkefly, 29, itu direkodkan di depan Majistret MS Arunjothy. Tertuduh didakwa menyerahkan perintah bertarikh 3 Ogos 2023 yang diketahuinya palsu kepada seorang ibu tunggal 36 tahun di pekarangan Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di sini sekitar Ogos tahun lepas. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Pada prosiding itu, peguam Azlina Abdul Aziz yang mewakili tertuduh memohon jaminan RM10,000 ditawarkan pihak pendakwaan dikurangkan kerana anak guamnya memberi kerjasama baik sepanjang siasatan. Adly sendiri turut merayu jaminan kurang daripada RM5,000 kerana keluarganya hanya mampu membayar jumlah itu, selain mengambil kira dirinya peguam. Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Vivi’ Asnita Zaina’ Larifin membantah jaminan rendah kerana tertuduh bukan lagi peguam. “Di hadapan saya terdapat pengesahan Majlis Peguam mengatakan sijil amalan tertuduh hanya sah pada 2023 dan Februari 2023 kali terakhir tertuduh beramal sebagai peguam.” Tertuduh kekal mendakwa dirinya masih peguam. Mahkamah membenarkan jaminan RM3,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 5 Feb depan sebutan semula kes. News
Sarawak’s PRS still reeling from James Masing’s death, says analyst Posted on 22/11/2024 The late James Jemut Masing was PRS’s founding president and a Sarawak deputy chief minister, and had served as the Baleh assemblyman from 1983 until his death. (Bernama pic) PETALING JAYA: Parti Rakyat Sarawak (PRS), a component of the ruling Gabungan Parti Sarawak coalition, is still reeling from the death… Read More
Harga 20 barangan segar turun lebih 10% Jun-Julai, kata Rafizi Posted on 19/11/2024 Barangan segar yang lebih murah Julai lalu termasuk timun, kacang buncis, cili padi, kubis, daging kambing, anggur merah, lada benggala, saderi dan limau kasturi. PETALING JAYA: Harga 20 barangan segar turun lebih 10% dari Jun hingga Julai lalu, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli ketika menolak dakwaan kenaikan harga barang. Menurutnya,… Read More
Police deliver swift justice as scissors-wielding robber nabbed hours after Puchong break-in Posted on 25/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 24 — A local man has been arrested for allegedly robbing a woman with a pair of scissors at a house in Puchong Utama, Puchong, around 9pm last night. Subang Jaya District Police chief ACP Wan Azlan Wan Mamat said the 25-year-old suspect was apprehended in Puchong… Read More