Kertas siasatan pensyarah hina nabi dirujuk AGC Selasa ini Posted on 30/11/2024 Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata lima individu juga sudah dipanggil bagi dirakam keterangan untuk membantu siasatan berkait kes tersebut. (Gambar Bernama) KUALA LUMPUR: Kertas siasatan berhubung kes seorang pensyarah yang didakwa menghina Nabi Muhammad ketika berceramah baru-baru ini, akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) pada Selasa ini. Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata polis juga menerima sembilan laporan berhubung kes tersebut, setakat ini. “Lima individu dipanggil bagi dirakam keterangan untuk membantu siasatan. Kertas siasatan sedang dilengkapkan untuk dirujuk kepada AGC Selasa ini,” katanya ketika dihubungi. Pensyarah itu, yang ditemani peguamnya juga telah menjawab 23 soalan ketika sesi rakaman keterangan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, pada 25 Nov. Pada 21 Nov, polis membuka kertas siasatan berhubung hantaran di laman Facebook yang mendakwa pensyarah itu menghina Nabi Muhammad semasa berceramah dalam satu konvensyen. Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan yang boleh menyebabkan ketidakharmonian atas alasan agama dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998. News
BNM refining proposal to enhance use of ringgit, rupee in trade Posted on 06/12/2024 The investment, trade and industry ministry said bilateral trade in goods and services settled in ringgit and rupee increased from 4.4% in 2022 to 4.8% in 2023. (AFP pic) KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia is fine-tuning a proposal from the Reserve Bank of India (RBI) to develop a Local Currency… Read More
MP wants govt to provide more details on U Mobile’s 5G winning bid Posted on 08/11/2024 Tasek Gelugor MP Wan Saiful Wan Jan said communications minister Fahmi Fadzil only gave a general answer to the Dewan Rakyat earlier today when asked why the criteria for selecting the network operator had not been disclosed earlier. PETALING JAYA: An opposition MP has called for the government to provide… Read More
‘Fake pandemic’ and ‘toxic vaccines’? Eight Malaysians sue government, WHO for RM60m Posted on 27/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 27 — Eight Malaysians have initiated a RM60 million class-action lawsuit against the government and the World Health Organization (WHO), claiming that Covid-19 vaccinations led to deaths and severe health complications. The New Straits Times (NST) reported today that the group, represented by Messrs Mohamad Zainuddin &… Read More