Malaysia pintu masuk strategik kerjasama Asean-China, kata TPM Posted on 03/12/2024 Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi menyampaikan ucapan pada majlis makan malam gala sempena Ulang Tahun Hubungan Diplomatik Malaysia-China Ke-50 dan Persidangan Persatuan Presiden Dunia (WAPC) Kelima di Wisma MCA, Kuala Lumpur, malam ini. (Gambar Bernama) KUALA LUMPUR: Malaysia memainkan peranan penting dalam menghubungkan rantau Asean kepada pasaran global sebagai hab strategik di Asia Tenggara, kata Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi. Katanya, kedudukan utama Malaysia dalam memudahkan perdagangan dan pelaburan, dengan gabungan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Asean melebihi USD3.6 trilion (RM16 trilion) dan penduduknya berjumlah lebih 680 juta orang, menawarkan peluang yang besar untuk perniagaan yang ingin berkembang ke rantau ini. “Bagi perusahaan China yang ingin memasuki rantau dinamik ini, Malaysia menawarkan pintu masuk yang ideal dengan lokasi strategik, infrastruktur yang kukuh dan tenaga kerja mahir,” katanya. “Melalui rangka kerja seperti Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), Malaysia dan China memupuk kerjasama yang lebih mendalam dalam pembangunan infrastruktur, perdagangan dan pelaburan.” Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian majlis makan malam gala meraikan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik Malaysia-China dan Persidangan Persatuan Presiden Dunia (WAPC) Kelima. Zahid berkata, BRI membolehkan Malaysia meletakkan dirinya sebagai fasilitator utama yang menghubungkan Asean, khususnya dalam sektor baru muncul seperti tenaga hijau, ekonomi digital dan pembangunan mampan. “Visi bersama kita untuk masa depan termasuk memanfaatkan bidang-bidang pertumbuhan tinggi ini bagi mencipta pekerjaan, memacu inovasi dan meningkatkan kesalinghubungan serantau sambil terus mengukuhkan peranan kita sebagai hab Asean,” katanya. Beliau berkata, Malaysia bersedia untuk terus bekerjasama dengan China dan komuniti global bagi memupuk inovasi, memacu pertumbuhan mampan dan menangani cabaran. Beliau juga menekankan pentingnya kerjasama dalam mewujudkan masa depan yang makmur, inklusif dan berdaya tahan. Sementara itu, Zahid berkata, hubungan dua hala antara Malaysia dan China menjangkau lebih jauh melebihi perdagangan, dengan pendidikan muncul sebagai asas bagi perkongsian berkenaan. Beliau berkata, sebagai mengiktiraf kerjasama pendidikan yang semakin meningkat, Malaysia diberikan 5,125 penempatan oleh China untuk pelajar Malaysia menyertai institusi pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET), satu inisiatif yang menurutnya akan membantu melengkapkan generasi muda dengan kemahiran yang diperlukan dalam menghadapi cabaran masa depan. “Inisiatif seumpama ini bukan sahaja melengkapkan generasi muda kita dengan kemahiran untuk menghadapi cabaran masa depan, tetapi juga memupuk pertukaran budaya dan akademik antara negara kita, mewujudkan jaringan persefahaman bersama dan saling hormat menghormati,” katanya. Terdahulu, beliau melancarkan buku meja kopi bertajuk Mekar dan Berbuah sempena Ulang Tahun Ke-50 Hubungan Diplomatik antara Malaysia dan China. Turut hadir pada majlis itu, Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi R Ramanan dan Pengerusi WAPC Kelima dan Presiden MCA Wee Ka Siong. News
PM Anwar to receive Peru’s highest honour, the El Sol medal, ahead of Apec leaders’ meeting, says envoy Posted on 12/11/2024 LIMA (Peru), Nov 12 — Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim will receive Peru’s highest honour, the “El Sol del Peru”, in recognition of his role as Head of Government during his first official visit to the Latin American nation since assuming office in 2022. The visit, which includes Anwar’s… Read More
US police arrest man over alleged New York Stock Exchange plot Posted on 21/11/2024 According to the FBI, the suspect targeted the stock exchange building to trigger a ‘reboot’ of the US government. (EPA Images pic) WASHINGTON: US police on Wednesday arrested a homeless man suspected of plotting to bomb the New York Stock Exchange this week after he shared his plans with undercover officers,… Read More
Court orders Muhyiddin to pay RM1.35m to Guan Eng for defamation over Albukhary tax exemption claim Posted on 08/11/2024 PETALING JAYA, Nov 8 — The High Court has ruled that former prime minister Tan Sri Muhyiddin Yassin defamed ex-inance minister Lim Guan Eng in alleging the latter had revoked the Albukhary Foundation’s tax exemption status. Online portal Malaysiakini reported that Judicial Commissioner Roz Mawar Rozain ordered Muhyiddin to pay… Read More