SPRM tahan taikun Singapura diburu 19 tahun di Johor Posted on 04/12/2024 Ng Teck Lee pernah menjadi CEO dan presiden syarikat tersenarai ketika itu, Citiraya Industries yang menceburi perniagaan kitar semula serta mendapatkan semula logam berharga daripada sekerap elektronik. (Gambar CPID) PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan ahli perniagaan Singapura buruan Ng Teck Lee dan isterinya Thor Chwee Hwa semalam berhubung kes penyelewengan lebih USD51 juta. Menurut The Straits Times, pasangan itu melarikan diri selama 19 tahun menggunakan identiti berbeza. SPRM menyerahkan suami isteri itu kepada Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) Singapura pada hari sama. Ng, 58, pernah menjadi CEO dan presiden syarikat tersenarai ketika itu, Citiraya Industries yang menceburi perniagaan kitar semula dan mendapatkan semula logam berharga daripada sekerap elektronik, seperti cip komputer terpakai. Tetapi, Ng yang sepatutnya mendapatkan semula logam berharga daripada sekerap, didakwa menjualnya ke luar negara. Thor, 55, didakwa bersubahat dengannya. Mereka melarikan diri dari Singapura apabila CPIB mula menyiasat kes berkenaan pada 2005. Pada 2008, siasatan mendedahkan Ng dikatakan meraih lebih USD51 juta, sekitar SGD72 juta pada masa itu, daripada skimnya. Pasangan itu dijangka didakwa hari ini. Difahamkan, Ng akan didakwa atas tuduhan pecah amanah, manakala Thor bakal berdepan satu pertuduhan di bawah Akta Rasuah, Pengedaran Dadah dan Jenayah Berat Lain (Rampasan Faedah) Singapura. Ng didakwa merasuah beberapa individu sebagai sebahagian skimnya, dengan 12 orang sudah dijatuhkan hukuman penjara lapan bulan hingga lapan tahun atas pembabitan mereka. Ng, yang disifatkan dalang sindiket itu, didakwa membayar hampir SGD2 juta sebagai rasuah kepada pekerjanya dan beberapa pekerja pelanggannya. Modus operandi Ng didakwa mengeluarkan sebahagian sisa elektronik diterima syarikat itu dengan meminta abangnya, yang juga pengurus besar Citiraya ketika itu, menghantar bahan berkenaan ke gudang milik abang ipar Ng. Menurut CPIB, Ng menjual sekerap itu kepada sindiket di Taiwan dan Hong Kong, sebelum dibungkus semula dan dijual sebagai produk baharu. Salah laku Ng terdedah susulan satu aduan pada Disember 2004, apabila sekeping cip daripada pelanggan berpangkalan di AS yang sepatutnya dihapuskan ditemui di Taiwan berikutan pemeriksaan polis. CPIB kemudian mendedahkan Ng didakwa menyalahgunakan kira-kira 89 tan atau 62 penghantaran sisa elektronik antara 2003 dan 2004. Rampasan aset Pada 2011, satu perintah dikeluarkan untuk merampas aset Ng bernilai SGD23 juta, termasuk yang didaftarkan di bawah nama isterinya. Ia rampasan aset terbesar seseorang individu, berdasarkan rekod CPIB. Aset itu termasuk wang dalam pelbagai akaun, polisi insurans, saham dalam pelbagai firma, hasil daripada jualan banglo dan kediaman seluas 7,300 kaki persegi di Paya Lebar. News
Kerani kedai emas untung RM12,100 sebelum rugi RM2.65 juta Posted on 01/12/2024 Ketua Polis Johor, M Kumar menasihatkan orang ramai tidak mudah terpedaya tawaran pelaburan dalam talian dan media sosial yang menjanjikan pulangan tinggi. PETALING JAYA: Seorang kerani kedai emas kerugian RM2.65 juta akibat terpedaya pelaburan atas talian yang menjanjikan pulangan sehingga 9%. Ketua Polis Johor, M Kumar, berkata wanita 49 tahun… Read More
Mbappe’s problem is Real Madrid’s problem, says Ancelotti Posted on 01/12/2024 Kylian Mbappe has also had off-field issues to deal with during his first months at the Santiago Bernabeu. (AP pic) MADRID: Real Madrid coach Carlo Ancelotti said today superstar striker Kylian Mbappe’s struggles this season are due to his team’s overall lack of consistency. The French forward missed a penalty… Read More
Party on? MBPJ mulls letting entertainment joints open until 3am Posted on 29/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 29 — The Petaling Jaya City Council (MBPJ) will weigh extending operating hours to 3am for entertainment outlets in its jurisdiction, based on feedback during a recent tourism workshop. According to The Star, PJ Mayor Mohamad Zahri Samingon said the council is planning to conduct in January… Read More