Warga Singapura dipercayai ‘transporter’ ditahan bersama 5 tong pati ubat batuk Posted on 05/12/2024 Lima tong pati ubat batuk yang disembunyikan dalam bot memancing yang ditahan dalam operasi khas polis. (Gambar Facebook Polis Daerah Johor Bahru Selatan) JOHOR BAHRU: Polis menahan dua lelaki warga Singapura dan merampas lima tong berisi 130 liter pati ubat batuk bernilai RM75,150, dalam operasi khas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua di sebuah jeti di Masai pada Selasa. Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Raub Selamat, berkata suspek berusia 45 dan 50 tahun itu menaiki sebuah bot memancing yang berdaftar di Singapura dan dipercayai berperanan sebagai ‘transporter’, dengan mengambil ubat terkawal berkenaan daripada pembekal di negara ini sebelum dijual ke negara jiran. “Semua tong berkenaan disembunyikan di tempat menyimpan ikan, di dalam bot berkenaan. Bagaimanapun kita sedang menyiasat bagaimana mereka memperoleh bekalan pati ubat batuk itu di sini,” katanya pada sidang media. Polis turut merampas sebuah bot fiber bernilai RM270,000, kunci bot, sebuah enjin jenama Mercury bernilai RM120,000 dan empat buah telefon bimbit, manakala cecair pati ubat batuk yang dirampas akan dihantar ke makmal untuk dianalisis. Hasil ujian saringan air kencing mendapati lelaki berusia 45 tahun itu positif dadah jenis Nimetazepam dan kedua-duanya direman empat hari bermula semalam. Kes disiasat mengikut Seksyen 9(1) Akta Racun dan Seksyen 30(3) Akta Racun. News
Police deploy helicopters to aid Kelantan flood relief centres cut off by road Posted on 01/12/2024 PASIR MAS, Nov 30 — Assistance in the form of food supplies and necessities to nine temporary relief centres (PPS) that have been cut off from land routes will be provided using helicopters belonging to the Royal Malaysia Police (PDRM). Kelantan police chief Datuk Mohd Yusoff Mamat said that so… Read More
Trump’s pick for attorney general has Washington reeling Posted on 15/11/2024 A fierce Trump loyalist, Matt Gaetz is known as a divisive figure in Congress, reportedly disliked even within his own Republican Party. (AP pic) WASHINGTON: Among Donald Trump’s totally unexpected cabinet choices, none has been greeted with more shock and bafflement – from Republicans as well as Democrats – than… Read More
Saya hanya seloroh, kata Adun Sabah terpalit skandal rasuah Posted on 16/11/2024 Adun Tempasuk Mohd Arsad Bistari berkata perbualannya dalam rakaman itu adalah komunikasi bersifat ringan yang dimanipulasikan. (Gambar Facebook) PETALING JAYA: Adun Tempasuk Mohd Arsad Bistari menjelaskan perbualannya dalam video tular dikaitkan dengan dakwaan skandal rasuah dibuat secara berseloroh. Arsad berkata, rakaman itu disunting dan disebar dengan niat jahat namun beliau… Read More