Mahkamah dengar rayuan Syed Saddiq 19 Mac Posted on 09/12/2024 Pada 9 Nov tahun lepas, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman didapati bersalah atas tuduhan pecah amanah, penyalahgunaan harta dan pengubahan wang haram melibatkan dana Pemuda Bersatu. PETALING JAYA: Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menetapkan 19 Mac tahun depan untuk mendengar rayuan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terhadap sabitan dan hukuman berkaitan kesalahan rasuah yang dihadapinya. Pada pengurusan kes hari ini, Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin, berkata mahkamah memperuntukkan dua hari, iaitu 19 dan 20 Mac 2025 untuk mendengar rayuan itu. “Mahkamah turut menetapkan 4 Mac 2025 sebagai tarikh akhir bagi kedua-dua pihak untuk mengemukakan hujahan bertulis masing-masing,” katanya, menurut Berita Harian. Pada 9 Nov tahun lepas, Syed Saddiq yang juga bekas ketua Pemuda Bersatu, didapati bersalah atas satu tuduhan pecah amanah membabitkan lebih RM1 juta milik sayap itu, serta satu lagi tuduhan menyalahgunakan harta berjumlah lebih RM120,000, juga milik Pemuda Bersatu. Dia juga disabitkan bersalah atas dua tuduhan pengubahan wang haram kerana memindahkan sejumlah RM100,000 ke akaun peribadinya daripada sebuah syarikat, Armada Bumi Bersatu Enterprise (ABBE), yang dikaitkan dengan Pemuda Bersatu. Bagi tuduhan pecah amanah dan penyalahgunaan harta, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara masing-masing tiga dan dua tahun. Syed Saddiq dijatuhi hukuman dua tahun bagi setiap tuduhan pengubahan wang haram. Bagaimanapun, dia hanya perlu dipenjarakan lima tahun kerana kesemua hukuman berjalan serentak. News
Dadah lebih RM28 juta dirampas, terbesar di Johor Posted on 12/11/2024 Ketua Polis Johor M Kumar, berkata sindiket bungkus semula dadah guna peket bungkusan jenama minuman terkenal bagi mengelirukan pihak berkuasa. (Gambar Bernama) JOHOR BAHRU: Polis menahan tujuh individu termasuk dalang berusia 33 tahun dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM28 juta dalam tiga serbuan awal bulan ini, sekali gus… Read More
Australia defeat US to reach Davis Cup semis Posted on 22/11/2024 World No 77 Kokkinakis saved four match points before eventually prevailing in the opening clash. (EPA Images pic) MALAGA: Australia defeated record 28-time Davis Cup winners the US in a decisive doubles rubber today to reach the semifinals with a hard-fought 2-1 victory. World No 4 Taylor Fritz had pulled… Read More
Over 800 death row sentences commuted to life imprisonment under new Act, says Azalina Posted on 07/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 6 — More than 800 death row inmates in Malaysia have had their sentences commuted to life imprisonment under the new Death Penalty and Life Imprisonment Review Act 2023. Minister in the Prime Minister’s Department (Law and Institutional Reform) Datuk Seri Azalina Othman Said said 866 individuals… Read More