Nahas 5 kenderaan: Van langgar ambulans berhenti rawat mangsa kemalangan Posted on 10/12/2024 Tiada kemalangan jiwa dalam nahas membabitkan lima kenderaan di Jalan Kajang Perdana pagi tadi. (Gambar JBPM) KUALA LUMPUR: Siasatan polis terhadap nahas membabitkan lima kenderaan di Jalan Kajang Perdana pagi tadi mendapati insiden itu berlaku apabila sebuah van melanggar ambulans yang berhenti untuk memberikan rawatan awal kepada seorang penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan. Ketua Polis Kajang Naazron Abdul Yusof dalam kenyataan memaklumkan akibat pelanggaran itu, ambulans terbabit telah bergerak dan merempuh sebuah kereta serta dua motosikal selain lima individu yang berada di hadapannya. Beliau berkata sebelum itu, terdapat kemalangan lain berlaku di lokasi berkenaan yang membabitkan sebuah kereta dan sebuah motosikal. “Semasa pihak ambulans sedang memberikan rawatan kepada penunggang motosikal yang terlibat dengan kemalangan berkenaan, datang sebuah van dari arah belakang dan melanggar ambulans berkenaan,” katanya sambil menambah semua mangsa dihantar ke Hospital Serdang serta Hospital Kajang untuk rawatan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Naaron berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan. Terdahulu, Bernama melaporkan enam individu cedera dalam nahas melibatkan van Toyota Hiace, ambulans Kementerian Kesihatan, kereta Hyundai Starex dan dua motosikal Yamaha Y15 serta Nouva LC di Jalan Kajang Perdana. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata enam anggota serta pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat berhubung insiden itu pada 9.50 pagi. News
Police arrest Johor man for allegedly sodomising 4-year-old boy Posted on 08/12/2024 JOHOR BAHRU, Dec 8 — A 23-year-old man has been arrested on suspicion of sodomising a 4-year-old boy, police said. Malay daily Sinar Harian reported that the suspect, who is the son of the victim’s caregiver, was apprehended yesterday afternoon at Taman Perindustrian Tampoi Jaya. Johor Bahru Selatan District Police… Read More
As Sabah graft scandal gains traction, ex-GLC chief rejects collusion claim, says has proof and ready to share with MACC ‘when required’ Posted on 18/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 17 — Jontih Enggihon, a former CEO of Sabah Mineral Management (SMM) implicated in a corruption scandal, today denied that he is the go-between prominent politicians in East Malaysia and certain businesses as portrayed. Instead, Jontih told news portal Malaysiakini, which broke the news, that he has… Read More
Pengimport telur gagal saman fitnah Azmin Posted on 15/11/2024 Azmin Ali disaman berhubung dakwaannya bahawa sebuah syarikat telah memperoleh kontrak melalui rundingan terus dengan kerajaan untuk mengimport telur dari India. KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi telah menolak saman fitnah difailkan pengimport telur tempatan terhadap bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri Azmin Ali. Hakim Leong Wai Hong berkata J&E Advance Tech… Read More