Roger Ng masih dalam tahanan, perlu lebih banyak bukti daripadanya, kata KPN Posted on 10/12/2024 Bekas pegawai bank Goldman Sachs Roger Ng dijatuhi hukuman penjara 10 tahun oleh sebuah mahkamah New York selepas juri mendapati dia bersalah atas tuduhan rasuah pada Mac 2023. (Gambar AP) KUALA LUMPUR: Bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng masih dalam tahanan polis kerana lebih banyak maklumat diperlukan daripadanya. Ketua Polis Negara, Razarudin Husain, berkata bantuan Ng masih diperlukan untuk siasatan lanjut pihak berkuasa bagi mendapatkan semula aset 1MDB. “Ada lagi maklumat yang kita perlukan mengenai dokumen, bukti untuk kita kaji dan lihat semula. “Ia bukan seperti satu kertas, dua kertas…bukti itu banyak (yang perlu dikaji semula),” katanya selepas pelancaran buku ‘PDRM: Sejarah Penubuhan, Pengorbanan dan Kejayaan dalam Mengekalkan Keamanan Negara’ oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah. Ng dijatuhi hukuman penjara 10 tahun oleh mahkamah New York selepas juri mendapati dia bersalah atas tuduhan rasuah pada Mac 2023. Tetapi, beliau dihantar ke Malaysia pada Oktober 2023 untuk membantu pihak berkuasa tempatan dalam usaha mendapatkan semula aset 1MDB. Semalam, Shafee Abdullah, peguam utama bekas perdana menteri Najib Razak, berkata mereka akan memfailkan permohonan dengan Mahkamah Tinggi untuk menemu bual Ng. Dalam perkembangan berasingan, Razarudin mengulangi polis belum menerima sebarang laporan berhubung cadangan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan. Dalam laporan dikeluarkan Khamis lalu, RCI mengesyorkan siasatan jenayah boleh dimulakan terhadap bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad kerana menipu. News
Amid worsening Kelantan floods, TNB shuts down 11 substations Posted on 28/11/2024 The public have been asked to remain cautious following worsening floods around Kota Bharu, Machang and Tanah Merah in Kelantan. (Bernama pic) KOTA BHARU: A total of 11 electricity substations have been shut down due to the worsening flood situation around Kota Bharu, Machang and Tanah Merah. In a statement… Read More
Thai floods wash out Malaysian demand for holidays in Songkhla Posted on 29/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 29 — Malaysians were cancelling planned trips to Songkhla and other parts of southern Thailand that were flooding, hitting businesses in the region hard. According to The Bangkok Post, hotel and tour reservations have seen sharp drops for this weekend and the next. Songchai Mungprasithichai, president of… Read More
Jumlah mangsa banjir di Kelantan, Johor, Kedah menurun Posted on 08/12/2024 Seramai 2,268 orang daripada 655 keluarga masih ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara di Kelantan setakat 8 pagi ini, berbanding 2,925 orang malam tadi. (Gambar AP) KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Kelantan, Johor dan Kedah terus menurun pagi ini, manakala di Perak dan Melaka tidak berubah. Di Kelantan, 2,268… Read More