48 ditahan, sindiket penipuan dalam talian lumpuh Posted on 11/12/2024 Ketua Polis Port Dickson Maslan Udin (tengah) menunjukkan barang yang akan dilupuskan pada Majlis Pelupusan Barang Kes di IPD Port Dickson hari ini. (Gambar Bernama) PETALING JAYA: Polis melumpuhkan sindiket penipuan dalam talian dengan penahanan 40 lelaki dan lapan wanita di empat lokasi berasingan di Port Dickson baru-baru ini. Ketua Polis Port Dickson, Maslan Udin, berkata 35 warga tempatan dan 13 warga asing berusia 19 tahun hingga 40 tahun itu ditahan menerusi Ops Belatuk serta Ops Nuri pada 14 Nov hingga 3 Dis lalu membabitkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, IPK Negeri Sembilan dan IPD Port Dickson. Beliau berkata, semua suspek sudah didakwa bawah Seksyen 420/120B (2) Kanun Keseksaan. “Polis merampas 271 unit telefon bimbit pelbagai jenama, 44 komputer riba pelbagai jenama, 8 kereta pelbagai jenama serta wang tunai RM10,150 dan anggaran rampasan berjumlah RM820,150,” katanya menurut Harian Metro pada Majlis Pelupusan Barang Kes di IPD Port Dickson. Pada majlis itu, sejumlah barangan kes membabitkan 194 kertas siasatan bermula 2019 hingga tahun ini dilupuskan. News
PM Anwar pledges to address concerns over rumoured changes to media laws Posted on 05/12/2024 KUALA LUMPUR, Dec 4 — Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim has today assured the press that his administration is willing to listen to criticisms against several proposed amendments to media-related laws. In a Facebook post, Anwar said his senior press secretary, Tunku Nashrul Abaidah, had represented him in receiving… Read More
Kertas siasatan pensyarah hina nabi dirujuk AGC Selasa ini Posted on 30/11/2024 Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata lima individu juga sudah dipanggil bagi dirakam keterangan untuk membantu siasatan berkait kes tersebut. (Gambar Bernama) KUALA LUMPUR: Kertas siasatan berhubung kes seorang pensyarah yang didakwa menghina Nabi Muhammad ketika berceramah baru-baru ini, akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) pada Selasa ini. Ketua… Read More
BRICS seeks fairer global economic order for developing nations, says envoy Posted on 08/11/2024 Russian ambassador to Malaysia Naiyl Latypov emphasised that BRICS offers a platform to build a more equitable international system. KUALA LUMPUR: BRICS’s mission is to challenge the current global economic framework dominated by the few powerful nations that dictate the rules of international trade, says Russian ambassador to Malaysia Naiyl… Read More