3 beranak maut nahas di Mersing Posted on 16/12/2024 Md Yusuf Mukhtar, 71, dan isterinya, Rosnah Salleh, 65, disahkan maut di lokasi kejadian, manakala anak, Muhamad Izuddin, 36, meninggal dunia di Hospital Mersing, dalam nahas di KM45, Jalan Kota Tinggi-Mersing. (Gambar JBPM) PETALING JAYA: Tiga beranak maut dalam nahas dua kenderaan di KM45, Jalan Kota Tinggi-Mersing, berhampiran simpang masuk Ladang Arami Jaya, Mersing malam tadi. Mangsa, Md Yusuf Mukhtar, 71, dan isterinya, Rosnah Salleh, 65, disahkan maut di lokasi kejadian, manakala anak, Muhamad Izuddin, 36, meninggal dunia di Hospital Mersing. Ketua Polis Mersing Abdul Razak Abdullah Sani, berkata pihaknya menerima maklumat kemalangan sekitar 8.30 malam melibatkan kereta jenis Toyota Vios dan Proton Persona. Katanya, kereta Toyota Vios dipandu lelaki berusia 36 tahun dari arah Kuantan menuju ke Johor Bahru dipercayai terbabas lalu memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah kereta dari arah Kota Tinggi. “Akibat kemalangan ini, pemandu Toyota Vios cedera parah di bahagian perut serta patah tangan kanan dan dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru. “Sementara itu, pemandu Proton Persona seorang lelaki berusia 36 tahun disahkan meninggal dunia di Hospital Mersing akibat cedera parah di bahagian kepala. “Dua orang penumpang iaitu ibu dan bapanya masing-masing berusia 65 tahun dan 71 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan,” katanya kepada Kosmo. Beliau berkata, seorang lagi penumpang iaitu anak pemandu Proton Persona cedera di bahagian kepala dan masih dirawat di HSI. Abdul Razak berkata, kanak-kanak perempuan berusia lima tahun itu dalam keadaan stabil. Katanya, Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. News
Police: Alleged college dorm assault leads to arrest of 12 students in Kuala Terengganu Posted on 18/12/2024 KUALA LUMPUR, Dec 18 — Twelve students from a public higher education institution (IPTA) have been arrested in connection with a brutal assault using blunt objects at a residential college last Sunday. According to Kuala Terengganu Acting Police Chief Superintendent Wan Mohd Zaki Wan Ismail, the male suspects, aged between… Read More
Man killed, another injured in two-vehicle collision near Gohtong, says Fire Dept Posted on 23/12/2024 KUALA LUMPUR, Dec 23 — A man was killed and another injured, after two vehicles were involved in a collision near the Gohtong Auxiliary Police beat base in Hulu Selangor, this morning. Selangor Fire and Rescue Department (JBPM) assistant director (Operations) Ahmad Mukhlis Mukhtar said that the deceased was the… Read More
Feri P Pinang kerugian RM14 juta setahun Posted on 25/11/2024 Exco Pulau Pinang Zairil Khir Johari berkata kos diesel tinggi tanpa subsidi dan insurans lebih RM2 juta setahun untuk setiap feri antara faktor menyumbang kepada kerugian perkhidmatan awam itu. GEORGE TOWN: Kos perkhidmatan feri di Pulau Pinang melebihi jumlah kutipan tiket menyebabkan perkhidmatan feri mengalami kerugian tahunan sekitar RM14 juta…. Read More