2 suspek, teman wanita direman kes samun berparang di Muar Posted on 21/12/2024 Media sebelum ini melaporkan dua lelaki diburu polis selepas disyaki merompak sebuah rumah dengan bersenjatakan parang dalam kejadian di Taman Sri Treh, Bakri. PETALING JAYA: Dua suspek lelaki serta seorang wanita yang disyaki terbabit dalam kes samun bersenjatakan parang di Muar yang tular Selasa lalu direman tujuh hari bermula hari ini. Perintah reman dikeluarkan Majistret Suzana Mokhtar terhadap mereka di Mahkamah Majistret Muar bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana rompakan berkumpulan menggunakan senjata, menurut Berita Harian. Suspek lelaki itu ditahan dalam sebuah kereta dekat Sungkai, Perak kira-kira 9 pagi semalam hasil maklumat dan intipan polis. Teman wanita kepada salah seorang suspek yang bersama mereka turut ditahan. Terdahulu, media melaporkan dua lelaki diburu polis selepas disyaki merompak sebuah rumah dengan bersenjatakan parang dalam kejadian di Taman Sri Treh. Kegiatan kedua-dua suspek berjaya dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di rumah mangsa hingga tular di media sosial. Dua mangsa terdiri bapa berusia 60 tahun anak lelaki, 34, cedera ketika cuba melawan dua penyamun terbabit yang menggunakan kereta Perodua Myvi. Bagaimanapun, Perodua Myvi yang digunakan kedua-dua penyamun ditemui di Jasin, Melaka. News
Fire destroys 7 houses, occupants left homeless Posted on 17/12/2024 Penang fire and rescue department chief Rafizi Arafpin said the fire at Ladang Hong Seng was brought under control within 20 minutes and fully extinguished about half an hour later. GEORGE TOWN: Seven terrace houses in Ladang Hong Seng, here, were destroyed in a fire this afternoon, leaving its occupants… Read More
Seludup 20 warga Myanmar, 2 ‘tekong’ Kemboja dicekup Posted on 21/11/2024 Ketua Polis Kubang Pasu Mohd Redzuan Salleh, berkata 20 warga asing itu cuba diseludup masuk menggunakan dua MPV. (Gambar Facebook) ALOR SETAR: Dua lelaki Kemboja ditahan ketika cuba menyeludup 20 warga Myanmar dengan menggunakan dua kenderaan pelbagai guna (MPV) di tepi Jalan Hosba, Changlun dekat Kubang Pasu, semalam. Ketua Polis… Read More
Pentagon says corruption may hamper Chinese army’s modernisation Posted on 19/12/2024 China’s military has made recent advances, including in the realm of operational nuclear warheads. (AFP pic) WASHINGTON: Corruption in China’s military has led to the removal of top leaders and may hamper the country’s efforts to modernise its armed forces, a Pentagon report released today said. In 2023, Beijing’s forces… Read More