Rujuk keputusan mahkamah, ICAC untuk nilai tuduhan terhadap Musa, kata Rahman Posted on 22/12/2024 Ahli MKT Umno, Rahman Dahlan, kata tiada siapa berani tuduh ICAC dipengaruhi ‘tangan ghaib’, selepas ia dapati tidak ada kes yang boleh dituduh terhadap Musa Aman. PETALING JAYA: Seorang pemimpin Umno gesa semua menilai tuduhan terhadap Musa Aman dengan merujuk pada keputusan mahkamah dan pihak berkuasa, selepas beberapa pihak pertikai pelantikan beliau sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah. Ahli majlis kerja tertinggi Umno, Abdul Rahman Dahlan, berkata tiga entiti iaitu mahkamah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dan peguam negara melepaskan bekas ketua menteri itu daripada tuduhan rasuah. Beliau yakin perkara itu menjadi asas utama kepada tapisan ketat yang dilakukan oleh Istana Negara sebelum mengumumkan pelantikan Musa. “Jika ada pihak mempertikai perlantikan Musa kerana kononnya ada tangan-tangan ghaib yang mempengaruhi keputusan mahkamah, SPRM dan peguam negara, saya ingin cadangkan mereka merujuk kepada keputusan yang dibuat oleh Independent Commission Against Corruption (ICAC) Hong Kong,” katanya dalam kenyataan. Rahman merujuk kepada aduan rasuah oleh seorang Ahli Parlimen kepada ICAC, terhadap Musa. “ICAC telah membuat siasatan yang terperinci (termasuk kerja-kerja siasatan dalam Malaysia) terhadap tuduhan ahli pembangkang itu dan akhirnya ICAC mendapati tidak ada kes yang boleh dituduh terhadap Musa.” Rahman berkata reputasi dan profesionalisme ICAC menjadi piawaian bagi agensi pembanteras rasuah di seluruh dunia, menurut badan pemantau rasuah, Transparency International. “Tiada siapa yang berani menuduh ICAC dipengaruhi oleh tangan-tangan ghaib kerana ICAC mempunyai kredibiliti yang sukar untuk dipertikai,” katanya. Rahman turut mengingatkan bahawa Agong, Perdana Menteri Anwar Ibrahim, dan Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor langsung tidak terlibat dalam keputusan mahkamah, SPRM, dan peguam negara. “Ketiga-tiga mereka belum pun memegang jawatan mereka pada waktu itu,” tambahnya. Rahman menegaskan hak setiap rakyat untuk memberi pandangan dilindungi oleh undang-undang “selagi ianya tidak mengandungi unsur-unsur fitnah, tidak melanggar undang-undang, dan tidak menghasut” terutama terhadap institusi Agong. “Persoalan yang timbul sekarang ialah kepada siapa kita perlu rujuk untuk menilai sama ada tuduhan yang berat ini betul atau tidak?” katanya. “Sudah tentu rujukan utama kita ialah kepada keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah, SPRM dan peguam negara. Ketiga-tiga entiti ini telah melepaskan Musa daripada tuduhan rasuah.” Musa, 73, dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah ke-11 bagi tempoh empat tahun bermula 1 Jan 2025 hingga 31 Dis 2028. Bekas ketua menteri lima penggal itu menggantikan Juhar Mahiruddin. Mahkamah Tinggi pada Jun 2020 melepas dan membebaskan Musa daripada semua 46 tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berhubung kontrak konsesi balak di Sabah. Ketika itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Takiyuddin Hassan beritahu Dewan Rakyat bahawa kes terhadap Musa digugurkan selepas Jabatan Peguam Negara menerima representasi yang dikemukakan pada Mei tahun sama. Menurutnya lagi, ICAC memaklumkan melalui surat bertarikh 22 Dis 2011 yang menyatakan siasatannya terhadap Musa sudah lengkap dan berdasarkan fakta-fakta yang diketahui tiada tindakan siasatan lanjut akan dijalankan, lapor Berita Harian. SPRM buka kes terhadap Musa pada 2009 yang kemudian memulakan siasatan dengan ICAC. News
Again, Dr M denies acting unilaterally in Batu Puteh affair Posted on 10/12/2024 Former prime minister Dr Mahathir Mohamad said he had consulted several experts, including five senior lawyers from the UK, who took the view that Malaysia had a weak case in the Batu Puteh affair. PUTRAJAYA: Former prime minister Dr Mahathir Mohamad has once again denied making a unilateral decision against… Read More
CM: Unreliable water supply, pricey land, traffic jams hurting Penang’s pull with investors Posted on 22/11/2024 GEORGE TOWN, Nov 22 — Irregular supply and low water pressure for industrial use in Penang could have affected investors’ confidence, Chief Minister Chow Kon Yeow tod the state legislative assembly today. He said land scarcity and higher industrial land price in the state were also challenges that the state… Read More
Mangsa banjir terus menurun Posted on 09/12/2024 Kelantan merekodkan penurunan mangsa selepas sebuah PPS di Tumpat ditutup, menjadikan jumlah mereka masih terkesan bencana itu malam ini ialah 111 orang berbanding 240 direkodkan petang tadi. (Gambar EPA Images) KUALA LUMPUR: Jumlah keseluruhan mangsa banjir di lima negeri terus berkurangan malam ini, dengan lebih banyak pusat pemindahan sementara (PPS)… Read More