JHEV akan buat laporan rasmi kekang buli siber terhadap KP, jabatan Posted on 26/12/2024 JHEV juga akan meneliti tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang terlibat dengan isu tohmahan dan buli siber terhadap jabatan dan ketua pengarahnya bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. PETALING JAYA: Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) akan memfailkan aduan rasmi kepada Kementerian Komunikasi dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) berhubung ‘tohmahan dan buli siber’ terhadap ketua pengarahnya dan warga jabatan itu. JHEV berkata, pihaknya mengambil maklum tentang tohmahan dan fitnah yang ‘diapi-apikan’ oleh wakil dua pertubuhan tidak berdaftar bawah Akta Veteran 2012, iaitu Persatuan Pembela Pejuang Malaysia dan Pertubuhan Suara Patriotik Rakyat Malaysia, susulan keengganan Ketua Pengarah JHEV Semaon Marjuki mengadakan pertemuan lanjutan berhubung pengiraan pencen veteran tentera. “(Perkara ini) dijadikan peluang oleh pertubuhan untuk membuat tohmahan-tohmahan dan kenyataan berangkai berbaur fitnah termasuklah dengan menubuhkan laman Facebook khas bagi menimbulkan kemarahan dan kebencian kumpulan veteran tentera secara berterusan terhadap ketua pengarah dan warga jabatan. “Malah, telah mencemarkan kredibiliti ketua pengarah dan warga jabatan yang melaksanakan tugas dengan niat suci hati dan tanggungjawab selaku agensi yang menguruskan hal ehwal veteran tentera dan tanggungan,” kata JHEV dalam kenyataan. JHEV turut berkata, pihaknya akan meneliti tindakan undang-undang yang boleh diambil terhadap mana-mana individu dan kumpulan yang terlibat dengan isu tohmahan dan buli siber ini bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Isnin lepas, FMT melaporkan kira-kira 30 orang veteran tentera hadir ke JHEV Kuala Lumpur bagi mendapatkan penjelasan berhubung kiraan pencen susulan pelaksanaan SSPA. Seorang veteran yang hadir, Rafique Ali Ahmad Nordin, 65, mendakwa kebanyakan bekas tentera tidak menerima kenaikan 8% seperti dinyatakan Menteri Pertahanan Khaled Nordin. Pada 7 Nov lepas, Khaled berkata, susulan pelaksanaan SSPA, mereka yang bersara sebelum Januari 2013 akan menerima pelarasan pencen fasa pertama sebanyak 8% pada Disember, berdasarkan gaji akhir pada 2012. News
28 Feb keputusan rayuan denda MyCC terhadap Grab Posted on 21/11/2024 MyCC merayu keputusan Mahkamah Tinggi pada 6 Julai tahun lalu dan Grab Inc memperoleh perintah certiorari untuk membatalkan cadangan denda itu. PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menetapkan 28 Feb tahun depan untuk menyampaikan keputusan berhubung rayuan oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) yang mencabar keputusan Mahkamah Tinggi untuk membatalkan cadangan denda RM86.77 juta… Read More
Anthony Loke: Decision on Batu Puteh followed Dr Mahathir’s lead as it was first Cabinet meeting for many Posted on 17/12/2024 KUALA LUMPUR, Dec 17 — DAP secretary-general Anthony Loke Siew Fook said he and other Cabinet members merely followed then prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad’s decision on Batu Puteh as they were new to the government. According to Free Malaysia Today, he said the May 2018 Cabinet meeting only… Read More
Tragic blaze in Sandakan: Stroke victim dies in fire; brother suffers burns in desperate rescue attempt Posted on 17/11/2024 SANDAKAN, Nov 17 — A man suffering from stroke paralysis stroke was burned to death, while his brother sustained burns to his back when the house they lived in at Jalan Batu Sapi, Karamunting, caught fire earlier this morning. Sandakan Fire and Rescue Station (BBP) chief Severinus @ Mohd Nidzam… Read More