Warga emas mangsa ragut di Bangsar meninggal dunia Posted on 30/12/2024 Kejadian berlaku kira-kira 6.30 pagi 7 Okt lalu di Jalan Limau Manis ketika Lim Foong Mei berjalan ke sebuah kedai. PETALING JAYA: Warga emas yang parah di kepala selepas menjadi mangsa ragut bermotosikal di Bangsar Oktober lalu meninggal dunia. Presiden Persatuan Penduduk Taman Bangsar, Nitesh Malani, memberitahu FMT Lim Foong Mei ditempatkan di rumah jagaan di Bangsar dan semakin pulih ketika dia meninggal dunia pada usia 78 tahun hari ini. Menurut notis obituari, mayat Lim akan dibakar Jumaat ini. Dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi 7 Okt lalu, Lim sedang berjalan ke kedai di kawasan kejiranan di Jalan Limau Manis. Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang penunggang motosikal meragut beg tangannya menyebabkan dia terjatuh dan tidak bergerak di atas jalan sehingga beberapa orang yang lalu-lalang membantunya beberapa minit kemudian. Lim dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk rawatan akibat pendarahan di kepala dan diletakkan bawah pemerhatian perubatan. Polis membuka siasatan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan, iaitu sengaja menyebabkan kecederaan semasa melakukan rompakan. Ketua Polis Brickfields, Ku Mashariman Ku Mahmood, berkata pihaknya sedang mengenal pasti punca kematian Lim untuk menilai semula kes itu kerana suspek sudah didakwa di mahkamah mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan. “Kes itu dijadualkan untuk perbicaraan pada 10 Jan depan,” katanya. News
Dollar set for big annual gain as traders brace for high US rates Posted on 27/12/2024 The dollar index rose 0.08% today to 108.16 to approach a 2.2% monthly rise and was on course to close the year 6.6% higher. (Reuters pic) SINGAPORE: The US dollar headed towards an almost 7% annual gain today and Japan’s yen for a fourth consecutive year of losses as traders… Read More
Lunch is on us: Pahang backs SPM candidates with free meals until Feb 6 Posted on 02/01/2025 KUANTAN, Jan 2 — The Pahang state government has launched an initiative to sponsor lunch for all Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 candidates sitting for their written examinations with the exception of those residing in hostels, from today until February 6. Pahang Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail… Read More
Adun DAP kritik kecuaian pengurusan kewangan PP Posted on 26/11/2024 Adun Air Itam Joseph Ng menggesa kerajaan Pulau Pinang mendedahkan jumlah terkini tunggakan cukai tanah dan langkah diambil untuk menanganinya. (Gambar Facebook) GEORGE TOWN: Seorang Adun DAP mengkritik kerajaan Pulau Pinang atas pengurusan kewangan yang didakwanya sebagai cuai dalam beberapa keadaan. Joseph Ng (PH-Air Itam) berkata terdapat agensi kerajaan negeri… Read More