Zahid dapat kebenaran mula prosiding hina mahkamah terhadap Dr M Posted on 07/01/2025 Zahid Hamidi memperoleh kebenaran memulakan prosiding itu untuk dikenakan ke atas Dr Mahathir Mohamad oleh Pesuruhjaya Kehakiman Gan Techiong. PETALING JAYA: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan Zahid Hamidi memulakan prosiding ke atas Dr Mahathir Mohamad kerana didakwa menghina mahkamah. Timbalan perdana menteri memperoleh kebenaran itu susulan sidang media diadakan Mahathir pada 5 Dis dengan bekas perdana menteri memberi kenyataan berkait kes saman fitnahnya ke atas Zahid. Tindakan sivil yang sedang berjalan itu berkaitan dakwaan kad pengenalannya dikatakan membawa nama ‘Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty’. Menurut Malaysiakini, peguam Zahid, Shahrul Fazli Kamarulzaman, berkata Pesuruhjaya Kehakiman Gan Techiong memberi kebenaran memulakan prosiding tersebut. Katanya, pasukan peguam presiden Umno itu akan menyerahkan dokumen prosiding menghina mahkamah kepada peguam Mahathir, dan mahkamah sivil akan menetapkan pengurusan kes berhubung perkara tersebut kemudian. Selepas dokumen diserahkan, Mahathir akan diberi peluang untuk membela diri terhadap dakwaan berkenaan. Melalui saman asal, Mahathir mendakwa kenyataan Zahid mengenai kad pengenalannya pada 2017 adalah fitnah kerana ia merupakan langkah politik yang jahat, berniat buruk, dan bohong. Mahathir mendakwa dakwaan itu bertujuan merosakkan reputasinya sebagai tokoh pembangkang menjelang PRU14, pada 2018. Plaintif mendakwa kenyataan tersebut memberi gambaran bahawa dia mengeksploitasi orang Melayu untuk keuntungan politik dan peribadi. Mahathir juga mendakwa Zahid telah menunjukkan salinan kad pengenalan ‘Kutty’ melalui skrin telefon pintar. Dalam pernyataan pembelaan, Zahid ketika itu menteri dalam negeri menafikan kenyataan pada 2017 berniat jahat, fitnah, atau merosakkan reputasi awam Mahathir. Sebaliknya, beliau mendakwa nama pada kad pengenalan itu merujuk kepada individu berdasarkan salinan lama dokumen pengenalan diri. Dia juga mendakwa tidak mempunyai kawalan ke atas video diterbitkan di platform media selepas kenyataannya dikeluarkan. News
Malaysia’s gig economy surpasses three million workers in 2024, spurring calls for better worker safeguards, protections Posted on 29/12/2024 KUALA LUMPUR, Dec 29 — Malaysia’s gig economy has continued its upward trajectory in 2024, with the number of own-account workers, including gig workers, surpassing three million as of September. The growth reflects the increasing acceptance and reliance of gig work as a viable source of income, the flexibility it… Read More
Sabah mufti backs public caning for Shariah offences in Terengganu, says similar punishment already done in Tawau Posted on 03/01/2025 KOTA KINABALU, Jan 3 — Sabah State Mufti, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar, supports the implementation of the six whippings as a punishment for offenders of Shariah law in Terengganu recently. Bungsu said that the punishment aligns with the principles of “takzir” in Islamic law. He added that the “takzir”… Read More
Southampton fans erupt as Martin defends tactics Posted on 09/12/2024 Southampton manager Russell Martin (left) said what’s in his control is the energy he can give the players. (AP/PA pic) SOUTHAMPTON: Southampton manager Russell Martin found himself at the centre of fan outrage following his side’s 1-0 defeat by Aston Villa, with his post-match comments fuelling discontent among an already… Read More