UiTM nafi paksa pelajar bukan Muslim ikuti kem agama Islam Posted on 14/01/2025 UiTM akan mengkaji semula penganjuran program yang dilaksanakan kelak, susulan dakwaan pelajar bukan Islam dipaksa menghadiri program berunsur keagamaan Islam. PETALING JAYA: Universiti Teknologi Mara (UiTM) menafikan memaksa pelajar bukan Islam menghadiri acara keagamaan Islam menerusi ‘Kem Jati Diri dan Kerohanian’ diadakan pada 11 Jan lalu. Dalam kenyataan, UiTM memaklumkan program itu adalah sebahagian silibus kursus kokurikulum Kesatria Negara dan Kesatria Kembara dirancang untuk membentuk mahasiswa seimbang dari segi sahsiah, intelek, dan spiritual. Katanya, program itu merangkumi elemen seperti disiplin, patriotisme, pertolongan cemas, rekreasi, dan nilai kerohanian bagi pelajar Islam, manakala pelajar bukan Islam didedahkan kepada ceramah yang sesuai dengan keperluan mereka. “Mahasiswa Muslim mengikuti ceramah pengurusan jenazah di ruang utama Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin di UiTM Shah Alam, manakala yang bukan Muslim pula menghadiri ceramah etika sosial yang berlangsung selama dua jam di Dewan Muktamar,” katanya. “Ceramah etika sosial itu bertujuan memberi pemahaman tentang nilai etika dalam kehidupan bermasyarakat, termasuk di rumah, tempat kerja dan ruang awam. Selepas sesi ceramah tamat, mahasiswa bukan Muslim menikmati minum petang sebelum dibenarkan pulang.” Terdahulu, tular poster mengenai acara dua hari itu yang menghendaki semua pelajar bukan Islam dan 10 pelajar Islam dari setiap kelas di UiTM Shah Alam menghadiri Kem Jati Diri dan Kerohanian siri ke-20 di sebuah masjid. Menurut UiTM lagi, penggunaan lokasi berhampiran seperti masjid dan Dewan Muktamar untuk mempermudah pengurusan, menjimatkan masa dan sumber logistik, serta memastikan peserta dapat mengikuti kegiatan secara teratur tanpa gangguan. Dalam pada itu, UiTM memaklumkan, pihaknya akan mengkaji semula penganjuran program yang dilaksanakan kelak, membabitkan penelitian dalam penyampaian maklumat dan bahan promosi bagi mengelakkan salah faham, serta memastikan pelaksanaannya lebih efisien pada masa akan datang. “UiTM menegaskan bahawa program Kem Jati Diri dan Kerohanian dijalankan dengan menghormati sensitiviti agama dan budaya semua peserta,” katanya. “UiTM kekal komited memastikan aktiviti kokurikulum memenuhi prinsip inklusiviti dan profesionalisme, serta menyumbang kepada pembangunan mahasiswa yang berdaya saing dan berintegriti tinggi.” News
DPM Zahid: Armed Forces trucks mobilised to transport SPM candidates to exam centres in flood-hit Kedah, Kelantan and Terengganu Posted on 02/12/2024 BAGAN DATUK, Dec 1 — Three-, five- and seven-ton Malaysian Armed Forces trucks have been mobilised to three states badly hit by floods to ferry Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) examination candidates between dormitories and examination centres since yesterday. Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, who is National… Read More
Gagal serah Black Hawk, kontrak sewaan dengan syarikat tempatan batal Posted on 06/11/2024 Menteri Pertahanan Khaled Nordin berkata, memandangkan tarikh serahan helikopter Black Hawk pada Oktober telah berakhir, pihaknya telah menghantar notis pembatalan kontrak kepada syarikat tempatan berkaitan. (Gambar Bernama) PETALING JAYA: Menteri Pertahanan Khaled Nordin berkata, pihaknya sudah menyerahkan notis pembatalan perolehan Black Hawk susulan kegagalan syarikat yang memenangi kontrak sewaan empat… Read More
MCMC issues new guidelines on info, network security Posted on 08/12/2024 PUTRAJAYA, Dec 8 — The Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) has introduced the Guidelines on Information and Network Security for the Communications and Multimedia Industry (INSG) to enhance the information and network security and resiliency of the communications and multimedia industry in the country. In a statement today, MCMC… Read More