Kerajaan ambil pendekatan pragmatik bangun pelan ekonomi, kata Rafizi Posted on 07/11/2024 Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata, kedudukan fiskal negara akan diperkukuh melalui peningkatan hasil dan penyasaran semula subsidi serta rasionalisasi perbelanjaan. KUALA LUMPUR: Kerajaan mengambil pendekatan pragmatik dalam membangunkan perancangan ekonomi dengan memberi keutamaan kepada tiga perkara asas, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli. Katanya, tiga perkara asas tersebut adalah mengukuhkan fiskal, mengenal pasti sumber pertumbuhan baharu dan melaksanakan reformasi struktur ekonomi ke arah rantaian nilai yang lebih tinggi. Menurut Rafizi, rancangan ekonomi yang dilaksanakan oleh kerajaan Madani setakat ini merangkumi keperluan jangka masa terdekat, perancangan sederhana dan masa panjang yang disesuaikan mengikut perancangan ekonomi makro. Beliau berkata, kedudukan fiskal negara akan diperkukuh melalui peningkatan hasil dan penyasaran semula subsidi serta rasionalisasi perbelanjaan untuk mewujudkan perbelanjaan awam yang bertanggungjawab. “Kerangka ekonomi Madani, contohnya, meletakkan wawasan ekonomi dalam masa sederhana, iaitu 10 tahun … Ini pemantauan dan penyelarasan yang lebih cepat supaya sebarang kelemahan dapat diatasi segera,” katanya. “Jika selepas lima tahun, kita rasa ini (perancangan ekonomi) tidak berlaku, kita anjak lagi ke depan.. Kemudian kita juga mempunyai kerangka ekonomi bersifat sektoral yang berperanan memperkuat asas ekonomi untuk memenuhi kehendak kedua dan kehendak ketiga.” Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 peringkat dasar di Dewan Rakyat hari ini. Rafizi memberi contoh Pelan Hala Tuju Peralihan Negara (NETR) bersifat serampang dua mata, yang mana selain membina industri baharu berasaskan peralihan tenaga bernilai tinggi, ia juga memastikan kemampanan dan keterjaminan tenaga untuk pertumbuhan negara sehingga 2050. “Ini bertujuan mengelakkan kita bergantung kepada import tenaga pada masa akan datang. Begitu juga dengan Pelan Induk Perindustrian Baru (NIMP) selain memastikan ada sektor baharu bernilai tinggi yang berkembang, ia juga untuk memastikan ekonomi kita beralih ke rantaian penciptaan nilai yang lebih tinggi. “Tetapi aspirasi ekonomi yang digariskan dalam rancangan-rancangan ekonomi ini tidak akan berjaya jika beberapa reformasi mendesak tidak dilaksanakan,” katanya. Sementara itu, mengenai penyasaran semula subsidi RON95, beliau berkata, kerajaan mengambil masa hampir dua tahun untuk membuat keputusan tersebut dengan keutamaan diberikan untuk melindungi rakyat agar tidak terkesan daripada sebarang kenaikan kos secara langsung atau tidak langsung. “Pada ketika ini, Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan sedang dalam fasa memperhalus kriteria penyasaran subsidi RON95 sebelum membentangkan keputusan akhir pada jemaah menteri. “Pengelasan mereka yang layak atau tidak layak menerima subsidi RON95 adalah berdasarkan pendapatan boleh belanja bersih isi rumah dan hasrat kerajaan adalah sehingga 85% daripada isi rumah mengikut kaedah ini akan menerima subsidi kerana ia lebih adil dan saksama,” katanya. News
Masalah teknikal mungkin punca nahas pesawat di Korea Selatan Posted on 29/12/2024 Anggota bomba dan pasukan menyelamat dikejarkan ke lokasi nahas pesawat Jeju Air terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, Korea Selatan hari ini. (Gambar AP) MUAN: Kerosakan pada fungsi gear pendaratan dipercayai punca pesawat Jeju Air terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan pada Ahad ketika cuba melakukan pendaratan cemas selepas percubaan… Read More
Flood-hit Spain drenched by wettest October on record Posted on 09/11/2024 The downpours in Spain peaked during a ferocious Mediterranean storm on Oct 29 that desolated the eastern Valencia region. (AP pic) MADRID: Spain was soaked in its wettest October on record last month which culminated in catastrophic floods that have killed 219 people and left dozens missing, the government said… Read More
Two Chinese nationals fined for stealing cash from passengers on flights at Penang International Airport Posted on 04/12/2024 GEORGE TOWN, Dec 4 — Two Chinese nationals were fined RM3,700 and RM2,000 respectively after pleading guilty to stealing from fellow passengers aboard flights at the Penang International Airport (PIA). Xin Min, 61, admitted to stealing NT$ 24,000 and RM200 from Lye Khai Seng on November 24 between 10.20am and… Read More