Erdogan ‘amat yakin’ Trump akan ambil langkah tamatkan konflik perang Posted on 09/11/2024 By udot Recep Tayyip Erdogan menaruh keyakinan Donald Trump yang akan kembali ke Rumah Putih akan mengambil ‘langkah-langkah’ perlu menamatkan peperangan di Gaza dan Lubnan. (Gambar AP) ISTANBUL: Tiada perang lain menjadikan wanita dan kanak-kanak sebagai sasaran secara langsung seperti yang berlaku dalam genosid yang berterusan di Gaza, kata Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan, menurut laporan Agensi Anadolu (AA). “Selama 13 bulan yang lepas, lebih dua pertiga daripada lebih 50,000 orang awam yang terbunuh di Gaza adalah wanita dan kanak-kanak,” kata Erdogan ketika berucap pada Sidang Kemuncak Antarabangsa Wanita dan Keadilan di ibu kota komersial Turki, Istanbul. Beliau berkata, Ankara akan terus menyokong “saudara” mereka di Gaza dan Lubnan, yang kedua-duanya dikepung oleh serangan Israel, sehingga pembunuhan beramai-ramai dihentikan dan gencatan senjata serta keamanan dapat diwujudkan. Erdogan berkata beliau “amat yakin” Donald Trump, yang minggu ini kembali menguasai Rumah Putih selepas empat tahun, akan mengambil “langkah-langkah perlu untuk menamatkan peperangan,” sambil menyuarakan harapan agar perkara itu berlaku. News
Tak perlu tunggu PRN untuk jalin kerjasama dengan GRS Posted on 10/11/2024 Timbalan Setiausaha Agung Armizan Mohd Ali kata tidak perlu tunggu PRN untuk jalin kerjasama dengan GRS. PAPAR: Mana-mana pihak yang ingin menjalin kerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak perlu menunggu PRN17. Timbalan Setiausaha Agung GRS Armizan Mohd Ali berkata sekiranya ada pihak yang mahu bekerjasama, ia perlulah dimulakan sekarang… Read More
It sinks well! Defence minister says Navy’s new Scorpene sub commissioned in 2009, KD Tun Razak, dove to max depth in South China sea Posted on 10/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 10 — Defence Minister Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin said that the Royal Malaysian Navy’s (RMN) submarine, KD Tun Razak, is in excellent condition and capable of operating effectively. Mohamed Khaled, who was on a working visit to the Navy base in Kota Kinabalu, Sabah, on Saturday,… Read More
Cops probe social media accounts for false info about dumping of strays Posted on 11/11/2024 The Manjung Municipal Council filed a police report over allegations in social media videos of dead stray dogs being dumped in a pit. (X pics) IPOH: A social media allegation about an animal carcass disposal site in Manjung, Lumut, is false, police said today. A 16-second video posted on TikTok… Read More