Paderi Singapura cedera ditikam di gereja Posted on 10/11/2024 Kejadian tikaman berlaku di Gereja St Joseph di Bukit Timah melibatkan paderi, Christopher Lee. (Gambar Facebook) SINGAPURA: Seorang paderi cedera dalam serangan menggunakan pisau semasa upacara misa di Gereja St Joseph di Bukit Timah, pada petang Sabtu. Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Undang-Undang Singapura, K Shanmugam, berkata paderi itu telah dibawa ke hospital dan berada dalam keadaan stabil. Beliau berkata suspek, seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun, telah ditahan pihak polis. Menurut beliau, penyerang itu sebelum ini mengisytiharkan agamanya sebagai Kristian kepada Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA). “Siasatan sedang dijalankan,” katanya dalam catatan di Facebook. Sementara itu, Keuskupan Agung Roman Katolik Singapura mengenal pasti mangsa sebagai Christopher Lee, seorang paderi di Gereja St Joseph. Dalam kenyataan dikeluarkan Pejabat Komunikasi Uskup Agung, Gereja itu menyatakan bahawa Lee telah diserang oleh seorang lelaki bersenjatakan pisau semasa meraikan misa pada 5.30 petang. Gereja itu memaklumkan bahawa Lee telah dibawa ke Hospital Universiti Nasional oleh paramedik Pasukan Pertahanan Awam Singapura dan sedang menerima rawatan. Gereja menggesa masyarakat agar bertenang dan mengelakkan spekulasi di media sosial sementara polis menjalankan siasatan. “Gereja tidak membenarkan sebarang bentuk keganasan. Kami juga memohon doa agar Lee lekas sembuh, untuk penyerang, dan untuk semua yang hadir semasa misa, terutamanya kanak-kanak yang mungkin terkesan dengan insiden ini,” menurut kenyataan itu. Sementara itu, Pasukan Polis Singapura (SPF) memaklumkan bahawa mereka menerima panggilan bantuan kira-kira 6.30 petang. Senjata yang digunakan suspek, yang mempunyai rekod jenayah lampau mencederakan orang dengan serius dan kesalahan berkaitan dadah berjaya dirampas anggota jemaah dan suspek kemudiannya ditahan oleh pegawai polis. Polis berkata, berdasarkan siasatan awal, lelaki itu dipercayai bertindak sendirian. “Setakat ini, polis tidak mengesyaki bahawa ini adalah satu tindakan keganasan,” menurut kenyataan itu. Orang ramai diminta bertenang dan tidak membuat spekulasi sementara siasatan diteruskan untuk menentukan motif kejadian. News
Nearly 100 food aid trucks violently looted in Gaza, say UN agencies Posted on 19/11/2024 Aid workers stand near World Food Programme trucks bound for Gaza. (EPA Images pic) GENEVA/CAIRO: Nearly 100 trucks carrying food for Palestinians were violently looted on Nov 16 after entering Gaza, in one of the worst aid losses during 13 months of war in the enclave where hunger is deepening,… Read More
Tragic blaze in Sandakan: Stroke victim dies in fire; brother suffers burns in desperate rescue attempt Posted on 17/11/2024 SANDAKAN, Nov 17 — A man suffering from stroke paralysis stroke was burned to death, while his brother sustained burns to his back when the house they lived in at Jalan Batu Sapi, Karamunting, caught fire earlier this morning. Sandakan Fire and Rescue Station (BBP) chief Severinus @ Mohd Nidzam… Read More
US vetoes UN Security Council resolution on Gaza ceasefire Posted on 21/11/2024 Israel’s 13-month campaign in Gaza has killed nearly 44,000 people. (AP pic) UNITED NATIONS: The US today vetoed a UN Security Council resolution for a ceasefire in Israel’s war in Gaza, accusing council members of cynically rejecting attempts at reaching a compromise. The 15-member council voted on a resolution put… Read More