Bekas peguam negara, pesara hakim Mahkamah Persekutuan antara ahli baharu JAC Posted on 11/11/2024 By udot (Dari kiri) Bekas peguam negara Idrus Harun; pesara hakim Mahkamah Persekutuan Zainun Ali; bekas peguam besar Sarawak Talat Mahmood Abdul Rashid dan penasihat undang-undang UiTM Hartini Saripan dikatakan kini menganggotai JAC. PETALING JAYA: Bekas peguam negara Idrus Harun dan pesara hakim Mahkamah Persekutuan Zainun Ali antara empat tokoh yang dilantik menganggotai Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) mulai bulan ini, menurut sumber. Bekas peguam besar Sarawak Talat Mahmood Abdul Rashid dan penasihat undang-undang UiTM Hartini Saripan turut dilantik menganggotai jawatankuasa yang ditugaskan memilih calon sesuai menjadi hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi. Pelantikan dua tahun oleh perdana menteri itu, yang berkuat kuasa bulan ini, akan menyaksikan JAC dapat menyambung semula mesyuarat bulanannya bulan depan. “Jawatankuasa itu tidak dapat melaksanakan fungsinya sejak September kerana tidak cukup kuorum,” kata sumber kepada FMT. Pada September, FMT melaporkan bahawa JAC terumbang-ambing kerana terdapat lima kekosongan dalam suruhanjaya sembilan ahli itu. Seksyen 13(1) Akta JAC menyatakan jawatankuasa itu hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali sebulan. Menurut Seksyen 13(4) dan (5), kuorum mesyuarat mestilah terdiri daripada tujuh ahli, tetapi sekiranya ahli hilang kelayakan, kuorum akan dikurangkan kepada sekurang-kurangnya lima orang. Sejak September, JAC hanya tinggal empat orang ahli, termasuk pengerusinya Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat, Presiden Mahkamah Rayuan Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abdul Rahman Sebli. Ketiga-tiga hakim ini, bersama-sama dengan hakim besar Malaya – jawatan yang sebelum ini kosong – menganggotai JAC atas dasar mereka memegang jawatan tertinggi dalam badan kehakiman. Seorang lagi ahli JAC ialah Nallini Pathmanathan, hakim kanan Mahkamah Persekutuan yang dilantik bagi tempoh dua tahun mengikut Seksyen 5(1)(e). Kekosongan dalam JAC berlaku berikutan persaraan Zabidin Diah sebagai hakim besar Malaya pada Februari, dan bekas ketua hakim negara Raus Sharif dan profesor madya Universiti Islam Antarabangsa Shamrahayu Ab Aziz tidak dilantik semula untuk penggal kedua, walaupun layak. Raus dan Shamrahayu dilantik menganggotai JAC dua tahun lepas, namun penggal mereka berakhir pada 3 Sept. Sementara itu, penggal dua tahun bekas peguam besar Sarawak Abdul Razak Tready turut berakhir pada tarikh sama. Seksyen 5(1)(f) Akta JAC membenarkan individu terkemuka menganggotai suruhanjaya itu selama dua tahun dan layak dilantik semula, tetapi tidak boleh dilantik lebih dua penggal. News
The N.Korean defectors turned K-pop idols of 1Verse Posted on 21/11/2024 The boy band 1Verse has four members: (L-R) Yu Hyuk, Kim Seok, Aito and Kenny. (Singing Beetle pic) PARIS: Originally, K-pop groups were first and foremost made up of South Koreans. But in recent years, this cultural industry has been enriched by talent from beyond the country’s borders. These include… Read More
Tumpat man drowns in bathroom following seizure Posted on 12/11/2024 KOTA BARU, Nov 12 — A man drowned in the bathroom of his home after suffering an epileptic seizure, which caused him to fall into a water-filled container. Tumpat district police chief ACP Mohd Khairi Shafie said the incident occurred in Taman Arus Permai, Jalan Padang Rokma, Tumpat, about 4pm… Read More
DPM Fadillah says decision on extra parliamentary seats for Sabah, Sarawak won’t be in time for GE16 Posted on 10/11/2024 KUCHING, Nov 10 — The implementation of additional parliamentary seats in Sabah and Sarawak will only be finalised after the 16th General Election (GE16), said Deputy Prime Minister Datuk Seri Fadillah Yusof. He said this is because several legal aspects need to be reviewed before the necessary amendments can be… Read More