Sultan Ibrahim arah Kementah ambil serius kes buli berulang di UPNM Posted on 12/11/2024 By udot Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah budaya buli menjejaskan kesejahteraan pelajar dan mencemarkan reputasi institusi pengajian tinggi.(Gambar Istana Negara) PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mengarahkan Kementerian Pertahanan mengambil perhatian serius kes buli berulang kali berlaku di Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional (UPNM). Baginda bertitah, budaya buli tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana bukan sahaja menjejaskan kesejahteraan pelajar, malah mencemarkan reputasi institusi pengajian tinggi. Menurut Sultan Ibrahim, latihan keras dalam pasukan tentera perkara biasa bagi membina kekuatan mental dan jiwa, namun tidak bermakna ke tahap membuli individu lain sehingga menyebabkan kecederaan fizikal atau meragut nyawa. “Kes buli di ALK UPNM bukan pertama kali dilaporkan berlaku, malah sebelum ini sudah terjadi beberapa kali sehingga meragut nyawa. Ini tindakan tidak berperikemanusiaan. “Saya mahu Kementerian Pertahanan mengambil serius perkara ini kerana kes buli sudah beberapa kali berlaku di ALK UPNM,” titah baginda selepas menerima menghadap Menteri Pertahanan, Khaled Nordin di Istana Negara. Jumaat lalu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Rusdi Mohd Isa mengesahkan menerima laporan penuntut tahun satu UPNM di Kem Sungai Besi mengalami keretakan tulang rusuk dan tulang belakang dipercayai dipijak penuntut senior. Kejadian itu berlaku pada 21 Okt lalu, sehari selepas seorang penuntut UPNM melecur di badan akibat ditekap seterika oleh senior. Minggu lalu, pegawai kadet senior ALK UPNM Amirul Iskandar Ahmad Norhanizan, 22, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan penuntut junior menggunakan seterika pada 22 Okt. Pada 2017, kisah tragis dan kejam menggemparkan negara apabila pegawai kadet laut UPNM, Zulfarhan Osman Zulkarnain meninggal dunia selepas dibuli, dipukul dan diseksa dengan hampir seluruh badannya berulang kali ditekap seterika wap selepas dituduh mencuri sebuah komputer riba. Susulan itu, enam bekas penuntut UPNM dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Rayuan pada 23 Julai lalu kerana didapati membunuh Zulfarhan tujuh tahun lalu. News
Bursa ends lower on profit-taking Posted on 11/11/2024 KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia closed lower on the first day of the trading week weighed by profit-taking in heavyweights, particularly Tenaga Nasional and banking sectors, said an analyst. Rakuten Trade Sdn Bhd equity research vice-president Thong Pak Leng said today’s sell-off was seen as an opportunity for bargain-hunting in severely… Read More
Sabah’s electricity reserve margin at only 5pc, state assembly told Posted on 20/11/2024 KOTA KINABALU, Nov 20 — Sabah currently only has a five per cent reserve margin for its electricity supply, the State Legislative Assembly was told today. Deputy Chief Minister III Datuk Shahelmey Yahya said that Sabah has a generation capacity of 1,226 megawatts (MW), with current demand for electricity around… Read More
Stay alert, avoid human trafficking syndicates, scammers, cops warn tech grads Posted on 14/11/2024 Bukit Aman CID director Shuhaily Zain said that job offers in certain countries should be thoroughly verified by job-seekers to avoid falling into scams or human trafficking traps. MELAKA: Graduates with technology expertise, especially in the information and communications (ICT) field, should exercise caution to avoid becoming victims of human… Read More