Senarai hitam peminjam tak bayar hutang Mara hanya sementara, kata timbalan menteri Posted on 13/11/2024 Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Rubiah Wang berkata antara syarat untuk pelajar memasuki MRSM adalah ibu bapa pelajar tidak disenarai hitam oleh Mara. (Gambar Bernama) KUALA LUMPUR: Tindakan menyenarai hitam individu yang tidak membayar pinjaman Mara hingga menyebabkan anak mereka tidak memenuhi syarat kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) hanya bersifat sementara. Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Rubiah Wang berkata, syarat itu adalah antara usaha Mara supaya peminjam sama ada pinjaman pendidikan atau perniagaan tidak culas daripada membayar hutang. “Senarai hitam kepada peminjam bersifat ini sementara, malah mereka boleh datang jumpa Mara. Kalau tak mampu bayar (ansuran bulanan), kita terbuka tanya mereka berapa boleh bayar. “Pokoknya mereka bayar pinjaman Mara. Kebanyakan kes selepas jumpa Mara dia akan bayar hutang dan nama dikeluar dari senarai hitam,” katanya di Dewan Rakyat. Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) yang bertanya bila kementerian akan menghapuskan senarai hitam kepada mereka berhutang dengan Mara supaya anak mereka dapat masuk belajar di MRSM. Menurutnya, antara syarat untuk pelajar memasuki MRSM selain warganegara Malaysia dan mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan, ibu bapa pelajar juga tidak disenarai hitam oleh Mara. Rubiah berkata, langkah senarai hitam itu juga bagi memastikan aktiviti perniagaan usahawan sentiasa dinaik taraf dan peminjam hanya disenarai hitam jika tak bayar ansuran selama 3 bulan. Sementara itu, Rubiah menegaskan tiada MRSM elit dilaksanakana membabitkan 27 sekolah di bawah seliaan Mara, sebaliknya hanya beberapa program berbeza meliputi lima kategori iaitu Bitara, Ulul Albab, IGCSE, Teknikal dan Premier. News
Kerajaan mahu Dhaka perjelas permintaan ekstradisi 2 individu Posted on 10/11/2024 Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata beliau telah membincangkan permintaan ekstradisi Bangladesh dengan peguam negara dan ketua polis negara. NIBONG TEBAL: Kerajaan mahu Bangladesh menjelaskan tujuan permintaannya untuk mengekstradisi dua ahli perniagaan, pengasas Bestinet Sdn Bhd Aminul Islam dan rakan perniagaannya Ruhul Amin. Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail…. Read More
Malaysia pintu masuk strategik kerjasama Asean-China, kata TPM Posted on 03/12/2024 Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi menyampaikan ucapan pada majlis makan malam gala sempena Ulang Tahun Hubungan Diplomatik Malaysia-China Ke-50 dan Persidangan Persatuan Presiden Dunia (WAPC) Kelima di Wisma MCA, Kuala Lumpur, malam ini. (Gambar Bernama) KUALA LUMPUR: Malaysia memainkan peranan penting dalam menghubungkan rantau Asean kepada pasaran global sebagai hab… Read More
Manjung police chief refutes viral misinformation claim of dog carcass disposal site Posted on 11/11/2024 IPOH, Nov 10 — Police have confirmed that a claim made by a social media user through a viral video of an animal carcass disposal site in Manjung, Lumut, is false. Manjung district police chief ACP Hasbullah Abd Rahman said that the authorities received a report from a local government… Read More